Arahan dikeluarkan Pengarah DBKU menerusi satu notis perintah bertarikh 22 Mac 2020.
Ia selaras pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 hingga 31 Mac depan.
Arahan ini juga merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bertarikh 20 Mac.
Ia berkuatkuasa sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pada Khamis, Kerajaan Negeri Sarawak mengeluarkan arahan agar semua kedai makanan dan minuman untuk menutup perniagaan pada jam lapan malam.
BACA: Operasi semua restoran makanan segera di Sarawak dihadkan sehingga 8 malam
Arahan ini melibatkan semua gerai menjual makanan dan minuman, kopitiam, kedai minum dan kedai makan di seluruh Sarawak.