Penting bagi semua pihak mendapatkan kebenaran dan fakta daripada sumber yang sahih berhubung penularan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
"Setiap orang mesti bertanggungjawab apabila berkongsi maklumat dan lebih baik bagi kita untuk tidak berkongsi jika sumber dan kesahihannya diragui," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Noor Hisham berkata maklumat terkini mengenai situasi COVID-19, nama rasmi bagi novel koronavirus 2019, di Malaysia boleh didapati di saluran media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Berdasarkan penilaian terkini KKM, keadaan jangkitan COVID-19 adalah terkawal dan dalam fasa pembendungan awal.
"KKM akan terus mengukuhkan kesiapsiagaan bagi kemungkinan fasa seterusnya iaitu pembendungan akhir dan seterusnya, fasa mitigasi," katanya.
Terdahulu, pada sebelah petang, Dr Noor Hisham menghadiri sesi khas 'Informa Markets' dengan komuniti perniagaan dan wakil kedutaan untuk memberi penjelasan mengenai situasi COVID-19 di Malaysia.
Kira-kira 200 ketua dan wakil dari pelbagai sektor perniagaan menghadiri sesi itu, termasuk pengeksport dan pengeluar perabot dan pembinaan, air dan air sisa serta keselamatan komersial.
Dr Noor Hisham berkata Malaysia terus menerima komitmen kukuh dari pelbagai pihak berkepentingan, baik dari sektor awam dan swasta, serta masyarakat sivil termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha pencegahan dan kawalan jangkitan virus.
Malaysia juga akan terus mengukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara anggota ASEAN serta di seluruh dunia untuk memastikan penularan jangkitan dikendalikan secara kolaboratif, terutamanya dalam pencegahan dan pengurusan jangkitan rentas sempadan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 12 2020
Dr Noor Hisham berkata maklumat terkini mengenai situasi COVID-19 boleh didapati di saluran media sosial rasmi KKM. - fotoBERNAMA
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Ribuan warga Perancis protes Parlimen gantung di Paris
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluang paling kanan, selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
PM Perancis akan serah peletakan jawatan pada Isnin
Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad BERKATA beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Penunjuk perasaan Israel protes di kediaman Netanyahu
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Baitulmaqdis berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menuntut perjanjian pembebasan tebusan di Gaza dan menggesa pilihan raya diadakan, pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153.
Perkara itu dimaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad dimana hanya dalam tempoh 24 jam lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel.
Perkara itu dimaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad dimana hanya dalam tempoh 24 jam lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel.
Penduduk Gaza diarah rejim zionis meninggalkan kediaman
Penduduk Gaza diarahkan rejim zionis untuk berpindah daripada kediaman mereka pada Ahad.
Tindakan kejam itu menyebabkan puluhan keluarga tertindas bergerak ke lokasi lain di barat dan selatan bandar Gaza.
Tindakan kejam itu menyebabkan puluhan keluarga tertindas bergerak ke lokasi lain di barat dan selatan bandar Gaza.
Ribuan warga Perancis protes parlimen gantung di Paris
Ia susulan pakatan berhaluan kiri cipta keputusan mengejutkan, memperoleh kerusi paling banyak dalam pilihan raya Perancis.
Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu.
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.