JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang menunggu laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung seorang imam, bilal dan pengerusi di sebuah masjid di Taman Impian Emas, di sini yang didakwa meninggal dunia akibat COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata pihaknya akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu kepada umum sebaik pihaknya menerima laporan penuh itu.
"Masjid berkenaan juga dalam masa sama telah ditutup selama tujuh hari dan kini tinggal baki tiga hari sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembayaran Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Isnin.
Tosrin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian imam, bilal dan pengerusi di sebuah masjid di Taman Impian Emas yang tular di media sosial baru-baru ini kerana didakwa akibat COVID-19.
Semalam menerusi satu laporan berita, salah seorang ahli keluarga kepada imam berkenaan juga mendakwa kematian abangnya itu adalah akibat daripada jangkitan COVID-19 pada 28 April lepas.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi MAINJ berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pembayaran Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.
Dalam majlis berkenaan, MAINJ juga menerima zakat perniagaan daripada Johor Corporation iaitu sebanyak RM5.76 juta, manakala Lembaga Tabung Haji pula sebanyak RM9.25 juta.
Sementara itu, Tosrin berkata pada tahun ini MAINJ memberikan zakat berjumlah RM500,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah untuk tujuan menguruskan golongan gelandangan di negeri ini manakala RM210,000 diberi kepada pertubuhan, rumah-rumah kebajikan dan sekolah pendidikan khas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021
![COVID-19: Dakwaan kematian di Taman Impian Emas, JAINJ tunggu laporan penuh KKM COVID-19: Dakwaan kematian di Taman Impian Emas, JAINJ tunggu laporan penuh KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620060872_TosrinJarvanthi.jpg)
Tosrin berkata pihaknya akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu kepada umum sebaik pihaknya menerima laporan penuh itu. - Gambar fail
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
![JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714985537_TBFAREED.jpg)
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
![Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713263858_MohdFaredMohdKhal.jpg)
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
![JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713004815_TBFARID.jpg)
JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah
Pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
![41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan 41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699792924_TBPOLISJOHOR.jpg)
41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 41 individu termasuk lima warga asing dalam dua operasi berasingan di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.
![Johor bentuk Jawatankuasa banteras Ajaran SiHulk Johor bentuk Jawatankuasa banteras Ajaran SiHulk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679379735_MohdFaredMohdKhal.jpg)
Johor bentuk Jawatankuasa banteras Ajaran SiHulk
Kerajaan Negeri Johor hari ini membentuk sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat SiHulk bagi membendung penyebaran ajaran tersebut di negeri ini.
![JAINJ pastikan pesta seks tidak akan berlaku di Johor JAINJ pastikan pesta seks tidak akan berlaku di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679379735_MohdFaredMohdKhal.jpg)
JAINJ pastikan pesta seks tidak akan berlaku di Johor
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam memastikan kegiatan tidak bermoral ini dapat dikekang.
![Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671116493_MohdFaredMohdKhal.jpg)
Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
![JAINJ siasat dakwaan kanak-kanak dijemur tengah panas JAINJ siasat dakwaan kanak-kanak dijemur tengah panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683717739_JAINJmuriddijemu.jpg)
JAINJ siasat dakwaan kanak-kanak dijemur tengah panas
Pihak JAINJ telahpun mengarahkan siasatan dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ berhubung kes itu.
![Curi batu nisan: JAINJ tambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa Curi batu nisan: JAINJ tambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682756426_TBbatunisan.jpg)
Curi batu nisan: JAINJ tambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa
JAINJ mengambil tindakan menambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut.
![JAINJ, polis siasat batu nisan hilang di Pandan JAINJ, polis siasat batu nisan hilang di Pandan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682756426_TBbatunisan.jpg)
JAINJ, polis siasat batu nisan "hilang" di Pandan
JAINJ dan PDRM akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang "hilang" di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, baru-baru ini.