PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin COVID-19 AstraZeneca selamat untuk digunakan dalam pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin tersebut akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam fasa kedua ini.
“AstraZeneca selamat digunakan dan berkesan.
“Kami akan menggunakannya untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas pada fasa dua,” katanya pada sidang media mingguan berhubung situasi COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada Isnin.
Sebelum ini, sebanyak 280,000 dos vaksin jenis AstraZeneca selamat tiba di negara ini.
Beliau berkata penghantaran pertama vaksin tersebut yang pembeliannya dibuat pada Disember lalu adalah bagi kegunaan tiga peratus jumlah populasi negara.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemilihan Calon Vaksin COVID-19 (JKKPCV) KKM, Dr Kalairasu M. Peariasamy berkata dari segi pra klinikal, vaksin COVID-19 Astrazeneca yang menggunakan platform viral vektor adalah baik untuk digunakan mencegah COVID-19.
Dr Kalairasu berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah memohon pendapat jawatankuasa panel diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim mengenai penggunaan vaksin Astrazeneca .
“Seramai 22 pakar daripada pelbagai disiplin telah menyertai panel berkenaan dan tiga syarat ditetapkan dalam menentukan penggunaan vaksin AstraZeneca iaitu - mampu mengurangkan kemasukan ke hospital, mengurangkan kemasukan ICU (unit rawatan rapi) dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.
“Setelah meneliti pelbagai jenis data, panel berpendapat bahawa vaksin AstraZeneca mendatangkan kebaikan dan kes pembekuan darah adalah kurang berlaku.
“Jika dibandingkan risiko dan kebaikan vaksin itu, vaksin berkenaan sesuai digunakan untuk golongan berusia 60 tahun ke atas.
“Selain itu, vaksin tersebut telah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 2 Mac lepas,” katanya.
Katanya lagi, pihaknya akan meneliti data dari negara-negara lain berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca untuk golongan dewasa yang berusia 18 dan 40 tahun ke atas.
Isabelle Leong
Mon Apr 26 2021
![COVID-19: AstraZeneca diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas - Dr Adham COVID-19: AstraZeneca diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619418239_TBADHAMBABAPCKKM.jpg)
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin tersebut akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam fasa kedua. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’ ‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647054545_DatukDrNoorHisham.jpg)
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
![KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714998751_Dzulkefly.jpg)
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632498837_TBCOVIDVACCINE.jpg)
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
![KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714998751_Dzulkefly.jpg)
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
![Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632498837_TBCOVIDVACCINE.jpg)
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
![Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714645375_AstraZeneca.jpg)
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
![AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690377692_gaveltukulmahkam.jpg)
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
![AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697864703_mySihatPal.jpg)
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
![AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632796213_AstraZenecasthera.jpg)
AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan
AstraZeneca berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit.