KUALA LUMPUR: Sebanyak 98 peratus kes positif COVID-19 yang direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Sabtu dikategorikan sebagai satu dan dua.
Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 789 kes (44.5 peratus) melibatkan kategori satu dikesan tanpa simptom, sementara sebanyak 954 lagi (53.5 peratus) adalah kategori dua dengan simptom ringan.
Manakala baki dua peratus lagi adalah kes di bawah kategori tiga iaitu sebanyak 23 kes; kategori empat (14 kes) serta kategori lima (satu kes).
"Jumlah kes kontak rapat dan sporadik menurun sedikit berbanding Jumaat.
"Jumlah kes kontak rapat adalah 743 (42 peratus) dan jumlah kes sporadik adalah 443 (25 peratus) berbanding semalam," demikian menurut kenyataan tersebut pada Ahad.
BACA: COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 12,528 kes positif baharu direkodkan pada Sabtu.
Daripada jumlah tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 1,740 kes, manakala Putrajaya sebanyak 41 kes.
BACA: COVID-19: Daripada 12,528 kes baharu, hanya 64 kes berada pada kategori 5 - Dr Noor Hisham
Jelas CCMC-WP, daripada jumlah kes berkenaan sebanyak 65 peratus melibatkan warganegara dan 35 peratus lagi adalah bukan warganegara.
CCMC-WP menambah antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes di Wilayah Persekutuan kerana 42 peratus kes positif merupakan jangkitan daripada kontak rapat yang kebanyakannya dalam isi rumah terutamanya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA).
Selain itu, 25 peratus adalah kes sporadik, sementara 24 peratus daripada jumlah keseluruhan melibatkan tiga Kluster Tapak Bina.
"Bagi meningkatkan lagi usaha vaksinasi warga Wilayah Persekutuan, golongan warga emas dan golongan rentan atau berisiko yang masih belum menerima janji temu boleh mendapatkan vaksin secara 'walk-in' di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di dalam Wilayah Persekutuan," kata CCMC-WP.
Hasimi Muhamad
Sun Jul 18 2021
![COVID-19: 98 peratus kes positif di Wilayah Persekutuan pada Sabtu adalah kategori 1 dan 2 COVID-19: 98 peratus kes positif di Wilayah Persekutuan pada Sabtu adalah kategori 1 dan 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625222478_swabtest.jpg)
Baki dua peratus lagi adalah kes di bawah kategori tiga iaitu sebanyak 23 kes, kategori empat (14 kes) serta kategori lima (satu kes). - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Hentian bas, laluan pejalan kaki di Lembah Klang akan dinaik taraf - Rafizi Hentian bas, laluan pejalan kaki di Lembah Klang akan dinaik taraf - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723622172_TBRafiziAnthony.jpg)
Hentian bas, laluan pejalan kaki di Lembah Klang akan dinaik taraf - Rafizi
Kerajaan menyasarkan penambahbaikan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan first and last mile.
![Syed Azhar Syed Nazir dilantik Presiden baharu KLTA bagi penggal 2024-2026 Syed Azhar Syed Nazir dilantik Presiden baharu KLTA bagi penggal 2024-2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722492084_bpKLTA.jpg)
Syed Azhar Syed Nazir dilantik Presiden baharu KLTA bagi penggal 2024-2026
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengendali "KL Hop-On Hop-OFF" ketuai barisan Exco KLTA baharu untuk perkaya mutu pelancongan ibu kota.
![JAWI saran masjid dan surau laksana solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini JAWI saran masjid dan surau laksana solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722483793_JAWIsolatghaib.jpg)
JAWI saran masjid dan surau laksana solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini
JAWI menyarankan agar masjid dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Jenazah Ghaib malam ini.
![Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024 Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721296000_LicenceToWin.jpg)
Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
![Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720257747_MAIWPJAKIMPPZD.jpg)
Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
![Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
![DBKL tutup premis pelacuran DBKL tutup premis pelacuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718356834_tbpremispelacuran.jpg)
DBKL tutup premis pelacuran
Dua premis tidak berlesen disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di Seputeh disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
![Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715320858_malaysiaairlines.jpg)
Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian
Malaysia Airlines meningkatkan kekerapan penerbangan Amritsar-Kuala Lumpur daripada empat kali kepada tujuh kali seminggu.
![Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716721853_SepakTakraw.jpg)
Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF
Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur yang berlangsung dari 18 hingga 26 Mei mencetuskan satu penanda aras baharu.
![Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717472355_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM
Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan, kerana kita kini merupakan negara menua (ageing nation).