SANDAKAN: Kira-kira 85 peratus kes kematian di luar hospital (BID) di Sandakan akibat COVID-19 didapati terdiri daripada individu tanpa vaksinasi bagi melawan pandemik itu, kata Pegawai Kesihatan Daerah Dr Johari Awang Besar semalam.
Beliau berkata sejak Julai lepas, jumlah kematian di luar hospital akibat COVID-19 telah meningkat secara eksponen kebanyakannya membabitkan individu berisiko tinggi terutama mereka yang berusia melebihi 50 tahun.
"Pada Julai, Sandakan merekodkan enam kes BID dan angka itu meningkat kepada 55 bulan lepas (Ogos). Setakat 16 Sept, sudah terdapat 66 kes.
"Saya merayu kepada semua orang agar lebih memberi perhatian kepada golongan warga emas atau ibu bapa atau datuk nenek mereka kerana 90 peratus kes BID membabitkan mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.
"Kira-kira 46 peratus jumlah kematian membabitkan mereka yang berusia lebih 70 tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Hakka di sini.
Dr Johari juga menggesa penduduk Sandakan agar merebut peluang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin kerana jumlah kes harian di daerah itu telah mencatatkan tiga angka sejak kebelakangan ini dan meletakkan Sandakan sebagai antara tiga daerah teratas dengan jumlah kes tertinggi di Sabah.
Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap individu yang terlepas janji temu untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Pfizer atau Sinovac dan menggesa mereka agar hadir di mana-mana tujuh PPV di daerah itu secara jumpa terus.
"Kira-kira 10,000 orang telah terlepas janji temu untuk mendapatkan dos kedua mereka. Mereka boleh pergi ke mana-mana PPV dengan segera. Jangan tunggu sampai berbulan-bulan untuk berbuat demikian," katanya.
Mengulas penguatkuasaan berkaitan mewajibkan pengambilan vaksinasi lengkap di semua premis di Sabah mulai hari ini, Dr Johari telah memaklumkan pasukannya agar tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis AstraZeneca pada awal bulan lepas susulan sela masa sembilan minggu yang diperlukan sebelum mendapatkan dos kedua.
"Bukan salah mereka jika mereka tidak dapat melengkapkan kedua-dua dos suntikan menjelang esok. Bagaimanapun, kelonggaran ini hanya bagi mereka yang telah menerima suntikan pertama bulan lepas kerana pengumuman bagi vaksinasi lengkap dibuat selepas itu (dos pertama).
"Tetapi jika ada yang baru menerima dos pertama AstraZeneca hari ini, saya berpendapat mereka perlu dihalang memasuki mana-mana premis terbabit seperti makan di restoran," katanya.
Beliau berkata kira-kira 11,000 penduduk Sandakan menerima dos pertama AstraZeneca dan mereka dijangka melengkapkan vaksinasi masing-masing bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Pada Julai, Sandakan merekodkan enam kes BID dan angka itu meningkat kepada 55 pada Ogos. Setakat 16 Sept, sudah terdapat 66 kes BID di Sandakan. - Gambar fail/Facebook Noor Hisham Abdullah

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.