Seramai lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti COVID-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi.
Beliau berkata lapan individu terbabit masing-masing tiga dari Papar dan lima dari Tawau dan kesemua mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Seksyen tersebut memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah dan dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan.
Kegagalan untuk mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan individu berkenaan berdepan dengan hukuman di bawah Seksyen 24 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin mengingatkan semua individu terbabit (dengan arahan kuarantin di rumah) wajib mengikut arahan itu dan jika ingkar boleh disabitkan kesalahan di bawah akta berkenaan," katanya, dalam kenyataan, di sini.
Dalam pada itu, Dr Christina berkata seramai 4,022 orang diletakkan di bawah kuarantin di rumah setakat 6 petang semalam dan daripada jumlah itu, seramai 3,790 orang masih dalam pemerhatian JKNS manakala selebihnya atau 232 orang telah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari.
Beliau berkata seramai 553 orang telah ditempatkan di 13 Pusat Kuarantin di sembilan daerah di Sabah, dan enam daripadanya telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Pusat Kuarantin itu termasuk Asrama Harrington di Kota Kinabalu; Rumah Rehat dan Kem Bina Negara Kundasang di Ranau; Felda Resident Sahabat dan Plasma Inn Station MPOB di Lahad Datu; Rumah Rehat Kinabatangan; Institut Perguruan Tawau; dan Projek Perumahan Rakyat Batu Puteh di Sandakan.
Mengulas video kakitangan Hospital Lahad Datu yang menjahit sendiri peralatan pelindungan diri (PPE) yang tular di media sosial, Dr Christina berkata, ia adalah usaha inovatif kakitangan hospital sementara menunggu bekalan PPE sampai ke hospital mereka.
"Ini bukan bermaksud JKNS gagal melakukan perolehan untuk peralatan ini atau ketidakprihatinan kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan," jelasnya.
Semalam, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon menjelaskan bahawa kekurangan PPE adalah disebabkan oleh masalah bekalan dan bukannya kekangan kewangan.- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
![COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81585105330_AKEPT.jpg)
Jabatan Kesihatan Sabah mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan kuarantin atau berhadapan tindakan undang-undang. Gambar hiasan/ Bernama.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/81536142397_TBNgSzeHanx.jpg)
PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Bidang kuasa PBT ketika ini adalah termaktub berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
![Majikan tidak benarkan kakitangan kuarantin kendiri boleh dikenakan tindakan Majikan tidak benarkan kakitangan kuarantin kendiri boleh dikenakan tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620469100_DatukSeriDrAdham.jpg)
Majikan tidak benarkan kakitangan kuarantin kendiri boleh dikenakan tindakan
Mereka yang positif perlu jalani kuarantin wajib selama 10 hari, yang negatif pula disarankan melaksanakan pengasingan secara sukarela.
![COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615242382_PasarBorongPandan.jpg)
COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
![COVID-19: Jeffrey Kitingan akui diberi pelepasan daripada pengawasan, pemerhatian COVID-19: Jeffrey Kitingan akui diberi pelepasan daripada pengawasan, pemerhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71601381065_JeffreyKitingan.jpg)
COVID-19: Jeffrey Kitingan akui diberi pelepasan daripada pengawasan, pemerhatian
Jeffrey yang juga ahli Parlimen Keningau berkata surat pelepasan bertarikh 23 Nov, ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.
![COVID-19: 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'- Dr Noor Hisham Abdullah COVID-19: 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'- Dr Noor Hisham Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596280744_topeng.jpg)
COVID-19: 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'- Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya menggunakan pelitup muka selain mementingkan kebersihan tangan dan penjarakan fizikal yang selamat.
![Pesanan abah dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini Pesanan abah dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41595234001_perdanamenteri.jpg)
Pesanan "abah" dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini
Perutusan oleh "abah" selepas agak lama tidak muncul di kaca televisyen hari ini menyaksikan pelbagai pesanan telah dititipkan dalam usaha mengelakkan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.
![Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591252888_PengarahJabatanKe.jpg)
Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di sini supaya menjalani ujian saringan kesihatan, kata pengarahnya Dat
![PKPB: Kerajaan pertimbang hukuman kepada ibu bapa degil PKPB: Kerajaan pertimbang hukuman kepada ibu bapa degil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589788253_TBIsmailSabriYaako.jpg)
PKPB: Kerajaan pertimbang hukuman kepada ibu bapa degil
Kerajaan akan berbincang dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, KKM dan MKN berkaitan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli-belah semasa PKPB.
![PKP Fasa 4 benarkan ketua keluarga keluar bersama seorang lagi ahli keluarga PKP Fasa 4 benarkan ketua keluarga keluar bersama seorang lagi ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61588140557_Panik.jpg)
PKP Fasa 4 benarkan ketua keluarga keluar bersama seorang lagi ahli keluarga
Peraturan yang diterbitkan dalam warta berkenaan berkuat kuasa mulai Rabu hingga hari terakhir fasa keempat PKP iaitu 12 Mei ini.
![COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81585105330_AKEPT.jpg)
COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan
Seramai lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti COVID-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.