Selepas meningkat kepada tiga digit pada Jumaat, jumlah jangkitan pandemik COVID-19 di negara ini pada hari ini menurun kepada 58 kes baharu.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,868 kes
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 53 kes merupakan penularan dalam negara melibatkan 29 kes adalah warganegara manakala 24 kes adalah bukan warganegara.
Katanya, lima kes lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
"Daripada 53 kes dalam negara, 44 kes daripada Kluster Benteng di Lahad Datu manakala tiga kes daripada Kluster Laut dan lima kes daripada Kluster Sungai.
"Lima kes import pula melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 551 kes.
"Sehingga kini, terdapat sembilan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan.
"Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 128 kes (1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," jelasnya.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan satu lagi kluster baharu dikenal pasti dalam kalangan Pendatang Tanpa Izin (Pati) di Kunak, Sabah.
Beliau berkata, kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,859) merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.
Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri kes.
Isteri kes (iaitu kes ke-9860) pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.
Fauzi Suhaimi
Sat Sep 12 2020
Menurut Dr Noor Hisham, 53 kes baharu merupakan penularan dalam negara melibatkan 29 kes adalah warganegara manakala 24 kes adalah bukan warganegara. - Gambar fail
RUU tahanan di rumah bakal dibentang di Parlimen tahun depan - Saifuddin
Beliau berkata Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU berkenaan.
Perahu karam: Tiga selaman bomba gagal temui mangsa
Lima individu hilang selepas perahu lumba yang dinaiki karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa masih belum dikesan.
AWANI Ringkas: Operasi SAR masuk hari kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut air pasang
Lebih 2,000 penduduk Kuala Perlis berdepan fenomena air pasang besar 3.7m, menjejaskan 1,577 kediaman dan dua PPS dibuka untuk mangsa banjir.
ARMADA tidak terlibat laporan rasuah konsesi pasir
ARMADA tidak terlibat dalam membuat laporan atau dakwaan berhubung siasatan yang dijalankan ke atas seorang ahli politik berpengaruh, berkaitan perbadanan Menteri Besar Selangor yang dikaitkan dengan rasuah konsesi perlombongan pasir.
Kereta kebal Israel kepung, bom bangunan Hospital Indonesia di Gaza - Pengarah
Dr Marwan al-Sultan berkata jabatan penjagaan pascapembedahan telah terkena serangan dan tentera hanya berada kira-kira 20 meter dari bangunan.
Fokus kepada rakyat, kurangkan projek mega - pakar
Belanjawan 2024 dilihat sebagai belanjawan yang berfokus kepada rakyat, dengan penekanan pada bantuan dan pengagihan kewangan kepada semua lapisan masyarakat, menurut Penganalisis Ekonomi, Prof. Barjoyai Bardai.
Beliau menjelaskan bahawa belanjawan kali ini tidak menyertakan projek-projek mega yang memakan perbelanjaan besar, sebaliknya memberi perhatian kepada golongan yang memerlukan.
Beliau menjelaskan bahawa belanjawan kali ini tidak menyertakan projek-projek mega yang memakan perbelanjaan besar, sebaliknya memberi perhatian kepada golongan yang memerlukan.
Negara kecil perlu waspada - Tun Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran kepada negara-negara kecil supaya mengambil tahu mengenai situasi yang berlaku di Asia Barat.
[TERKINI] Malaysia berduka, kutuk pembunuhan Yahya Sinwar oleh Zionis - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kedukaan selepas Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar meninggal dunia akibat dibunuh rejim zionis Israel, pada Khamis lalu.
[TERKINI] Dua pegawai Imigresen direman, disiasat atur kemasukan warga asing
Dua pegawai Imigresen direman tiga hari kerana disyaki mengatur kemasukan warga asing melalui laluan khas di LTAPP. Siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.