KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 naik ke 4,098 pada Khamis berbanding 3,934 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, lima daripadanya merupakan kes import.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 38,913, tambahan sebanyak 2,019 kes.

Lapan kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,836.

Dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 37,495 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 1,339 pesakit dirawat di hospital dengan 53 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).