KOTA KINABALU: Kira-kira 21.31 peratus atau 360 daripada 2,131 kes harian di Sabah hari ini adalah melibatkan kanak-kanak 11 tahun ke bawah.

Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 231 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin.

Manakala katanya dengan 129 daripada keseluruhan kes melibatkan kanak-kanak lima tahun ke bawah yang belum layak divaksin.

"Sabah mencatatkan sebanyak 2,131 jangkitan baharu hari ini yang mana melihatkan penyusutan berbanding semalam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Masidi, 2,118 daripada 2,131 kes hari ini adalah melibatkan Kategori 1 dan 2 manakala 13 kes melibatkan 3 hingga 5.

Selain itu, beliau turut menyatakan kebimbangan mengenai ancaman penularan jangkitan sporadik di negeri itu yang menunjukkan 69.03 peratus.