KUALA LUMPUR: Kes positif baharu COVID-19 dalam negara kekal lebih 3,000 dengan jumlah jangkitan baharu pada 29 April adalah 3,332 kes menjadi jumlah keseluruhan 404,925 kes.

Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,083 kes diikuti Sarawak (522), Kelantan (401) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (359).

Hanya Labuan satu-satunya negeri yang tidak merekodkan sebarang kes baharu pada 29 April.

"Sebanyak 45 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan  Kluster DTI Lenggeng (43 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes)," katanya dalam kenyataan perkembangan harian kes COVID-19.

Manakala kes sembuh pula sebanyak 1,943 kes menjadikan jumlah kumulatif kes 375,340 kes.

Sebanyak 15 lagi kes kematian direkodkan pada 29 April menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,492 kes.

"Terdapat 15 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor, dan Sabah.

"Sebanyak 14 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara," katanya lagi

Manakala kes sembuh pula sebanyak 1,943 kes menajdikan jumlah kumulatif kes 375,340 kes.

Sebanyak 15 lagi kes kematian direkodkan pada 29 April menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,492 kes.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 28,093 dengan 309 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 147 memerlukan bantuan alat pernafasan.


Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:

Selangor : 1,083 kes

Sabah : 131 kes

Johor : 207 kes

WP KL : 359 kes

Sarawak : 522 kes

Pulau Pinang : 158 kes

Negeri Sembilan : 111 kes

Perak : 91 kes

Kelantan : 401 kes

Kedah : 105 kes

Melaka : 43 kes

Pahang : 92 kes

Terengganu : 19 kes

WP Labuan : 0 kes

WP Putrajaya : 9 kes

Perlis : 1 kes 

 
                            COVID-19: 29 April 2021
                                             


 

 
        Sehingga 29 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,332 kes

                                                                          Pulau Pinang : 158 kes