KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 14 hari berturut-turut.

Pada Sabtu, jumlah kes naik sedikit ke 293 berbanding 285 yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan dua kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Sabtu turun ke 10,320 kes.

Daripada jumlah itu, 9,942 kes atau 96.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin(PKRC), manakala 366 pesakit mendapat rawatan di hospital.

12 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 10 daripada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 326 kes sembuh.