KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini pada Jumaat merekodkan penurunan apabila sebanyak 21,839 kes dilaporkan, berbanding 24,316 pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak tersebut sebanyak 4,101,081 kes.
"Daripada jumlah itu , 21,552 kes adalah penularan tempatan dengan 287 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, data KKM di portal COVIDNow melaporkan sebanyak 52 kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 34,717 orang.
Daripada 52 kes kematian itu, 15 kes merupakan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dengan jumlah keseluruhan BID sebanyak 7,318.
Menerusi portal itu juga, sebanyak 247,065 jumlah keseluruhan kes aktif COVID-19 dilaporkan.
Daripada jumlah tersebut, 239,798 atau 97.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,266 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,710 kes dirawat di hospital dan 291 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 188 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 103 lagi memerlukan mesin ventilator.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memberitahu, empat negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus, semalam.
Katanya, perkara itu melibatkan penggunaan katil di ICU bagi Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor.
"Bagi katil bukan ICU, sebanyak lapan negeri membabitkan Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak menunjukkan peratusan penggunan melebihi 50 peratus.
“Katil kes kritikal atau ICU, empat negeri iaitu Putrajaya (100 peratus), Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (55 peratus), dan Selangor (51 peratus) menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.
“Katil bukan ICU, lapan negeri iaitu Putrajaya (80 peratus), Selangor (73 peratus), Kuala Lumpur (61 peratus), Terengganu (57 peratus), Sarawak (55 peratus), Melaka (54 peratus), Negeri Sembilan (54 peratus), dan Perak (53 peratus) menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus," tambahnya.
Bagi katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), katanya, tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus dan pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 188 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 21 peratus.
Umavathi Ramayah
Sat Mar 26 2022

Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, jumlah kes harian COVID-19 di negara ini pada Jumaat merekodkan penurunan apabila sebanyak 21,839 kes dilaporkan, berbanding 24,316 pada Khamis. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

COVID-19: 417 kes baharu, empat kematian
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,857 kes.

COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

COVID-19: 1,040 kes baharu, sembilan kematian
Kes kematian meningkat kepada sembilan kes, berbanding enam kes yang dilaporkan pada Isnin.

COVID-19: 1,737 kes baharu, 17 kematian dicatat
Seramai 94 pesakit ditempatkan di ICU, manakala 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.

COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

COVID-19: 1,453 kes baharu, dua kematian dicatatkan
Seramai 967 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 37 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.

3,083 kes baharu COVID-19, 12 kematian
Tiga daripada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

2,783 jangkitan baharu COVID-19, sembilan kematian
Sembilan kematian baharu direkodkan, empat daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

COVID-19: 1,278 lagi kes baharu, dua kematian
Sebanyak 1,278 lagi kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini mencecah 4,454,113.