KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin terus catat peningkatan.

Data di portal KKMNOW mendedahkan kes jangkitan semalam adalah 2,465 kes berbanding 2,022 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.

Lima kes kematian direkodkan akibat jangkitan berkenaan, dengan dua kes kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 27,638 kes aktif dicatatkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 25,614 kes atau 92.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,932 pesakit mendapat rawatan di hospital.

92 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan satu 2,029 kes sembuh.