KUALA LUMPUR: Lebih 55 peratus kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini merupakan kategori 1 atau tiada gejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes kategori 1 ialah 7,179 daripada keseluruhan 13,034 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Bagi kategori 2 yang bergejala ringan, sejumlah 43.3 peratus bersamaan 5,646 kes dilaporkan.

Kategori 3 iaitu kes yang mengalami radang paru-paru pula, sejumlah 124 kes baharu dilaporkan hari ini bersamaan satu peratus, sementara kes kategori 4 yang mengalami radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen adalah 0.5 peratus iaitu 72 kes.

Kes kategori 5 iaitu kes yang kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan adalah 13 kes bersamaan 0.1 peratus.

BACA: COVID-19: Jangkitan harian kembali melonjak kepada 13,034 kes