Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu perkongsian di Facebook rasmi beliau berkata daripada jumlah itu, empat kes masing-masing di Hospital Tumpat, Kelantan dan Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak dan Hospital Melaka, masing-masing satu kes.
"Kesemua telah disaring untuk sampel kedua pada 9 Jun dan dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambung tempoh kuarantin di rumah memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa mulai 10 Jun.
"Setelah keputusan sampel didapati positif COVID-19, mereka telah dimasukkan ke dalam wad di hospital.
"Kesemua mereka tidak bergejala dan stabil. Kes-kes ini dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian," katanya.
Sumber Facebook DGHisham
Mengikut garis panduan WHO, kes disahkan COVID-19 dan tidak bergejala lebih dari 10 hari adalah tidak mempunyai risiko transmisi kepada orang lain dari tarikh disahkan positif.
Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan semasa sidang media harian COVID-19, jumlah kes baharu positif hari ini kembali meningkat kepada dua angka dengan 31 kes baharu, melibatkan 11 kes import dan 20 kes penularan tempatan.
-- BERNAMA