KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,125 orang, daripada 3.01 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima daripada 11 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 155,673 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 143,076 individu atau 91.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 6,118 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 6,292 kes dirawat di hospital dan 187 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 78 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 109 lagi memerlukan mesin ventilator.
Astro Awani
Sun Feb 13 2022
Sebanyak 6,292 kes dirawat di hospital dan 187 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
Fokus Minggu Depan: Memahami kesalinghubungan, manfaat kepada ekonomi dan rakyat
Perasmian Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang. Memahami kesalinghubungan, manfaat kepada ekonomi dan rakyat.
PM adakan lawatan kerja ke UAE, perkukuh kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) dari 12 hingga 14 Januari ini.
Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza - PBB
Di seluruh Gaza semalam, hanya 10 daripada 21 pergerakan kemanusiaan yang dirancang PBB telah difasilitasi oleh pihak berkuasa Israel.
Mintak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat kebakaran besar di California
Konsulat Jeneral telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di kawasan terjejas atau berhampiran.
Jabatan Imigresen nafi laksana program RTK 3.0
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial.
Jeju Air kurangkan 1,878 penerbangan pada suku pertama 2025
Syarikat penerbangan Jeju Air merancang mengurangkan 1,878 penerbangan pada suku pertama 2025.
Data penerbangan berhenti rakam suara sebelum mendarat
Data penerbangan dan perakam suara kokpit pada pesawat Jeju Air yang terhempas pada 29 Disember lalu, berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum pesawat itu melanggar struktur konkrit Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan.
[TERKINI] Konsulat Jeneral sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas
Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kebakaran besar di kawasan itu.
COVID-19: Kes baharu kembali melonjak, satu kematian direkodkan di Sabah
Jelas Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu, sebanyak 91 kes merupakan jangkitan tempatan, sementara empat lagi adalah kes import.
COVID-19: 99 kes pulih, 51 kes baharu dan dua kematian
51 kes baharu direkodkan setakat hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 5,742 kes.