KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara mencatat sedikit penurunan kepada 1,186 kes pada Isnin berbanding 1,608 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,021 dengan 22,874 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,094 kes dirawat di hospital dengan 35 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,690 kes sembuh.