ALOR SETAR: Institusi Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran mencontohi konsep 'Saemaul Undong' di Korea Selatan dalam usaha memajukan kawasan masing-masing.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata konsep yang membawa maksud 'Gerakan Kemajuan Baharu' yang diperkenalkan bekas Presiden Korea Selatan Park Chung Hee pada tahun 1970 itu berjaya membawa perubahan besar kawasan luar bandar di negara berkenaan.
"Mereka telah mengubah semua kampung-kampung dari atap jerami gandum kepada atap genting dan juga membaik pulih rumah, melatih ketua-ketua kampung dengan istilah membina satu negara bangsa," katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Kursus JPKK Dalam Pengendalian Komuniti serta Pembangunan Daerah Padang Terap di Langkawi malam tadi.
Menurutnya Korea Selatan membuktikan peranan besar Ketua Kampung apabila berjaya mengubah landskap dan kehidupan masyarakat luar bandar dalam tempoh dari 1970 hingga 1980, yang dalam fasa itu menyaksikan negara berkenaan mampu meletakkan asas kukuh bagi pembinaan sebuah negara bangsa.
"Pada tahun 2013, mereka sekali lagi melakukan transformasi menerusi cogan kata 'Kami Menguasai Dunia' dengan pelbagai jenama peralatan elektronik yang dieksport dan digunakan di seluruh dunia seperti telefon bimbit jenama Samsung dan kereta jenama KIA.
"Mereka dari bangsa yang miskin selepas perang, 50 tahun Korea Selatan membangun menjadi sebuah negara hebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Mahdzir berkata konsep yang membawa maksud 'Gerakan Kemajuan Baharu' yang diperkenalkan bekas Presiden Korea Selatan Park Chung Hee pada tahun 1970 itu berjaya membawa perubahan besar kawasan luar bandar di negara berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Contohi konsep 'Saemaul Undong' untuk majukan kampung - Mahdzir Khalid
Institusi Ketua Kampung, JPKK serta JKKK disaran mencontohi konsep 'Saemaul Undong' di Korea Selatan dalam usaha memajukan kawasan masing-masing.