KUALA LUMPUR: Lazimnya, aktiviti perkhemahan dilakukan di hutan, bersebelahan sungai dengan diselubungi suasana sepi hanya ditemani bunyi unggas dan cengkerik pada waktu malam.
Namun, pernahkah anda membayangkan untuk mengadakan aktiviti perkhemahan di tengah bandar yang sentiasa sibuk dengan kenderaan serta dikelilingi bangunan bersejarah berusia lebih separuh abad, Muzium Negara.
Itulah pengalaman baharu yang dirasai 60 peserta berbilang bangsa dan umur apabila menyertai aktiviti Glamping @ Muzium Negara, yang merupakan aktiviti tambahan kepada program Denai Malam @ Muzium Negara atau Museum Night Trail pada 16 dan 17 Sept lepas, bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Pengarah Muzium Negara Zamrul Amri Zakaria berkata idea penganjuran aktiviti 'glamping' atau perkhemahan mewah itu tercetus susulan kejayaan program Bermalam di Muzium yang dipelopori sejak 2005.
"Sebelum ini, penyertaan untuk program Bermalam di Muzium hanya melibatkan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun dan mereka akan bermalam di galeri muzium serta diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan.
"Ia berbeza dengan glamping iaitu kita memilih untuk menekankan konsep kekeluargaan dengan pengisian aktivitinya yang lebih santai dan menghiburkan selain dibuat bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mahu merasai pengalaman bermalam di muzium," katanya kepada Bernama.
Malah, mengambil kira daripada sambutan diterima, Zamrul Amri bercadang untuk menjenamakan semula aktiviti glamping itu kepada program 'Amazing Museum At Night' (AMAN) pada masa akan datang.
"Ini adalah aktiviti rintis bagi Muzium Negara dan sekiranya ia berjaya, kita akan perluas ke muzium-muzium negeri di bawah Jabatan Muzium Malaysia.
"Jadi, kita berharap agar semua peserta bukan sahaja pengalaman baharu tetapi juga mencipta memori yang indah merasai detik menakjubkan di muzium pada waktu malam," katanya.
Zamrul Amri berkata selain glamping, program Denai Malam @ Muzium Negara juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang mengangkat seni budaya dan warisan seperti demonstrasi membuat bunga rampai, demonstrasi hiasan kepala Orang Asli atau tempok serta persembahan tradisional iaitu wayang kulit dan dikir barat.
"Kali ini, setiap peserta berpeluang mengikuti lawatan berpandu ke muzium yang berada di Kompleks Muzium Negara melibatkan Muzium Negara, Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Etnologi Dunia Melayu.
"Kesempatan itu membolehkan peserta merasai detik menakjubkan dan pengalaman berbeza di setiap muzium pada waktu malam," katanya yang percaya program itu dapat memberi impak kepada industri permuziuman dengan menyebarluaskan fungsi dan peranan muzium.
Seorang peserta, Mohd Shahril Mohd Nasir, 35, dari Cheras berkata program berkenaan boleh merangsang minda dan jiwa anak-anaknya terhadap aktiviti sosiobudaya sekali gus mengurangkan masa mereka dengan gajet.
"Saya dan keluarga selalu menyertai aktiviti perkhemahan namun ini yang pertama berkhemah di ibu kota. Ia (perkhemahan) tetap menarik dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Paling penting, dapat mengelakkan anak-anak saya daripada leka dengan gajet, televisyen dan dunia teknologi," katanya.
Sean Ong, 42, pula menyifatkan aktiviti yang disediakan memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada keluarganya terutama dua anaknya yang berusia enam dan 10 tahun yang inginkan aktiviti berbeza untuk mengisi malam mereka.
"Saya dan keluarga sangat meminati seni kraf, jadi berpeluang menyertai demonstrasi pembuatan bunga rampai dan hiasan kepala Orang Asli meninggalkan satu memori yang indah buat kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Kelengkapan untuk aktiviti Glamping @ Muzium Negara disediakan secara percuma oleh pihak penganjur. --fotoBERNAMA
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Piala HMS Malaya dipamer di Muzium Negara
Pameran 100 tahun Trofi H.M.S Malaya di Muzium Negara sedang berlangsung sehingga 31 Jan ini.
Cipta pengalaman baharu menerusi Glamping @ Muzium Negara
60 peserta berbilang bangsa dan umur menyertai aktiviti Glamping @ Muzium Negara bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Watikah pemasyhuran, meja kayu dan bendera antara koleksi sejarah Hari Malaysia
Banyak khazanah tinggalan sejarah Hari Malaysia sebenarnya masih disimpan rapi demi mempertahankan kedaulatan negara.
Pokok berhampiran Muzium Negara tumbang, hempap kereta dan motosikal
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata kejadian berlaku pada pukul 3.05 petang tadi ekoran hujan lebat serta angin kencang.
Treler sudah dialih, kesesakan dijangka 1 jam di Jalan Istana
Sebuah lori treler melintang di tengah pembahagi jalan di Jalan Istana hingga menyebabkan kesesakan teruk di pagi Selasa
100 kartunis pertahan Baitulmaqdis menerusi lakaran kartun
Kira-kira 100 kartunis tempatan menzahirkan tentangan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dengan melukis kartun beramai-ramai di Muzium Negara.
Seni bento galak budaya berjimat
Menyedari minat umum terhadap seni bento, Muzium Negara mengambil kesempatan menganjurkan program sehari "Bengkel Bento" buat ibu bapa yang berminat dalam mendalami ilmu itu.
Lebuhraya Sultan Iskandar ditutup sepenuhnya ekoran jalan retak, mendap
Berlaku jalan retak dan mendapan tanah di laluan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Muzium Negara menyebabkan laluan itu ditutup.