CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) terus mengukuhkan komitmen kelestariannya dengan meningkatkan sasaran kewangan lestari kepada RM100 bilion menjelang 2024.
Ia susulan kejayaan mereka melepasi sasaran RM60 bilion yang diumumkan pada 2022, lebih awal dari yang ditetapkan. Sasaran terbaharu itu ada lebih tiga kali ganda daripada komitmen awalnya iaitu RM30 bilion yang diumumkan pada 2021.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad, ketika ini angka kewangan lestari mereka sudah menghampiri RM70 bilion dan peningkatan sasaran itu sebagai usaha mereka dalam mempercepatkan aspirasi untuk menjadi peneraju kemampanan ASEAN, di bawah rangka kerja Produk dan Perkhidmatan Berimpak Hijau, Sosial serta Kelestarian (GSSIPS) CIMB.
“Dalam mendorong komitmen ini ke hadapan, kami akan terus memperkenalkan penyelesaian inovatif untuk menyokong matlamat dan cita-cita klien kami dalam peralihan ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan.
“Pada masa sama, CIMB terus melakar kemajuan pada peta jalan peralihan kami, tatkala kami secara proaktif menetapkan pelan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, menuju sasaran Sifar Bersih kami menjelang 2050, termasuk pelepasan yang dibiayai skop 3,” katanya pada acara pembukaan Sidang Kemuncak Kelestarian ‘The Cooler Earth’ CIMB 2023 dengan tema ‘Sustainability in Action: Opportunities for a Better Tomorrow’ baru-baru ini.
Pada persidangan tersebut, CIMB juga mengumumkan pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Bursa Malaysia untuk memanfaatkan Bursa Carbon Exchange (BCX) yang menyediakan platform yang diperkemas untuk berdagang kredit karbon berkualiti tinggi melalui kontrak piawai.
Perkongsian strategik ini akan menampilkan inisiatif pembinaan kapasiti kolaboratif yang bertujuan mendalami pemahaman pasaran karbon sukarela dan meningkatkan kebolehcapaian pelanggan CIMB kepada kredit karbon.
"Ini dapat meninjau potensi bagi membolehkan CIMB menjalankan perkhidmatan transaksi kredit karbon secara berkesan bagi pihak pelanggan menerusi platform BCX ini," katanya.
Selain itu, Abdul Rahman turut mengalu-alukan pengumuman dasar kerajaan Malaysia baru-baru ini yang disifatkan sebagai bermatlamat untuk merealisasikan cita-cita negara mencapai (pelepasan karbon) sifar bersih menjelang 2050 sambil memanfaatkan kemampanan sebagai strategi utama untuk mengubah pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang diperkenalkan oleh kerajaan akan membuka peluang pelaburan sehingga RM1.85 trilion menjelang 2050 melalui 10 inisiatif pemangkin secara meluas yang membolehkan eksport tenaga boleh baharu (TBB) selain mewujudkan lebih 23,000 pekerjaan berimpak tinggi, katanya.
Pada masa sama, katanya, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) pula menyasarkan untuk menggiatkan semula sektor pembuatan negara dan meningkatkan nilai tambah kepada RM587.5 bilion menjelang 2030 serta berusaha untuk masa depan yang sifar bersih.
Rangka rancangan CIMB untuk pengurangan pelepasan ke arah Sifar Bersih antaranya menetapkan sasaran iklim interim dan merangka strategi peralihan untuk pelanggan dalam sektor pelepasan karbon tinggi.
Di samping itu, CIMB turut mengembangkan penyelesaian kewangan mampannya dengan peruntukan RM3 bilion untuk Pembiayaan Berkaitan Kemampanan (SLF) bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui penyelesaian GreenBizReady, sebagai tambahan kepada RM3 bilion yang sebelum ini diperuntukkan untuk syarikat korporat.
Tawaran SLF itu bertujuan memberi insentif dan memperkasa PKS untuk menyahkarbon operasi mereka, dengan rebat pembiayaan sehingga 0.50 peratus setahun apabila mereka mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG.
Ucapan pembukaan diikuti sesi “Rapid Fire Series: Emerging Global Trends that Will Define the Business Landscape for the Next Decade” yang disampaikan oleh Felo Institut Kepimpinan Kelestarian Universiti Cambridge, Will Day.
Beliau menegaskan perlunya adaptasi proaktif serta transformasi segera untuk kejayaan di pasaran global di mana tekanan sosial dan alam sekitar semakin meningkat.
“Perniagaan-perniagaan ASEAN mesti seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan Perjanjian Paris serta bank-bank utama berperanan mempengaruhi perniagaan untuk mempromosikan kelestarian dengan aktif menerusi penilaian impak dan juga pendanaan insiatif-inisiatif lestari.
“Untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap kelestarian yang semakin meningkat dalam pasaran Asia Pasifik, perniagaan perlu memberi tumpuan kepada jurang tindakan yang berterusan.
“Cabaran seperti halangan kos dan kekurangan informasi perlu ditangani dengan lebih baik.”
Day turut menegaskan bahawa betapa pentingnya tindakan secara kolektif - sokongan daripada komuniti dan komitmen politik yang tidak berbelah bahagi - demi kesihatan biodiversiti planet ini.
Menyusul selepas syarahan beliau adalah sesi “Showcase: Ahead of the Transition Curve – Capitalising on Opportunities Today” yang menampilkan pemimpin-pemimpin perniagaan yang menerajui usaha kelestarian di rantau ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Signify Malaysia, Sukanto Aich mengatakan bahawa kelestarian perlu diletakkan sebagai teras yang memacu pemikiran inovatif, di mana “membantu pelanggan anda dengan inisiatif kelestarian mereka akan membantu anda mencapai matlamat anda.”
Ketua Pegawai Eksekutif Heng Hiap Industries Sdn Bhd, Kian Seah pula melihat kepentingan mengubah cabaran-cabaran dalam melaksanakan agenda kelestarian kepada peluang, dengan “menyasarkan kepada keuntungan dapat melanjutkan landasan kepada penyelesaian-penyelesaian inovatif.”
Turut menjadi panel adalah Pengarah Kelestarian Lendlease Projects (M) Sdn Bhd, Dr. Yasmin Rasyid, dan beliau menekankan kepada peranan akauntabiliti kepimpinan dalam menggapai sasaran karbon, dengan nasihat “jika mereka mahu ganjaran, mereka mesti mencapai bajet karbon mereka.”
Sementara itu, Penasihat Am Bintang Capital Partners, Ee Rong Song menegaskan bahawa kelestarian tidak semestinya perlu berkompromi dengan pencapaian kewangan, katanya “impak kelestarian memangkin inovasi, mendorong keuntungan.”
Panel kelima, Pengasas dan Pengarah Kreatif BeeCouncscious Co., Ltd (SuperBee dari BeeConscious Co Ltd) mengangkat kepentingan kolaborasi dan kerjasama dalam memacu impak yang bermakna, menyarankan supaya “memilih pembekal yang boleh sama-sama berkembang dalam perjalanan kelestarian yang dikongsi bersama.”
Memasuki tahun kelima, The Cooler Earth yang diadakan dari 11 hingga 21 September 2023 dalam bentuk hibrid di seluruh rantau, bermatlamat untuk menonjolkan pelbagai peluang kepada orang ramai dan perniagaan ke arah peralihan ekonomi rendah karbon dan lebih saksama.
Untuk menonton rakaman Sidang Kemuncak Kelestarian The Cooler Earth 2023, sila layari https://coolerearth.cimb.com.