IPOH: Seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh di sini meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021.
V. Komathy, 38, yang sudah 14 tahun berkhidmat, menerima pengiktirafan itu pada majlis yang dianjurkan secara maya menerusi laman Facebook dan saluran Youtube rasmi AKS Education Awards pada hari ini.
Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau terkejut apabila menerima pemakluman daripada pihak penganjur mengenai kemenangan itu menerusi emel pada 29 Sept lepas.
"Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara-negara lain.
"Daripada jumlah itu, 500 orang telah disenarai pendek termasuk enam calon rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini.
Komathy merupakan lulusan Sarjana Pendidikan Kimia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama.
Beliau telah menghasilkan beberapa produk inovasi untuk mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Antara produk inovasi berkenaan ialah Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 iaitu produk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester.
Beliau turut mencipta satu produk aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah iaitu Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment yang bertujuan mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian, iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.
"Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan, oleh sebab itu perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa untuk mempelajari subjek ini," katanya.
Menurutnya anugerah-anugerah yang diterimanya sebelum ini dan The Global Teacher Award 2021 pada hari ini, akan dijadikan sebagai motivasi untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa yang lebih maju.
Katanya beliau juga akan terus mengorak langkah dalam usaha mencipta pelbagai pembaharuan menerusi subjek Kimia.
Komathy memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Methodist Girls School Ipoh pada 2007 selama enam tahun sebelum bertukar ke SMK Buntong dan dipindahkan ke SMK Ave Maria Convent Ipoh pada Feb lepas.
Beliau telah menghasilkan beberapa karya ilmiah dan pernah membawa pelajar SMK Buntong mewakili negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai acara akademik.
Menurut Komathy anak muridnya menjadi inspirasi kepada beliau untuk berusaha ke arah kecemerlangan bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021

V Komathy, 38, menunjukkan modul mata pelajaran kimia yang membolehkannya merangkul anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021 hari ini. - Foto BERNAMA

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Cikgu Komathy menang 'The Global Teacher Award'
Seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh di sini meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021.