PERBATASAN seterusnya untuk manusia ialah angkasa lepas dan langkah pertama untuk merealisasikan impian ini ialah dengan membina koloni di permukaan bulan.
NASA, ESA, JAXA, Roscosmos dan CNSA kesemuanya mempunyai impian untuk menjadi yang pertama membina markas bulan seperti dalam siri sains fiksyen.
Terkini, Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA) mengumumkan pembangunan sistem GPS mereka sendiri untuk bulan.
Sebanyak 21 satelit akan mengorbit bulan bagi memberikan kemampuan GPS dengan ketepatan yang tinggi.
Pelancaran satelit geolokasi di bulan ini akan dilakukan dalam beberapa fasa dengan fasa pertama membolehkan ia digunakan bukan sahaja untuk penjejakan lokasi tetapi juga sebagai pengantara isyarat komunikasi ke bumi.
Fasa kedua akan meningkatkan lagi jumlah satelit kali ini untuk penjejakan di kawasan sisi jauh bulan.
Setelah kesemua satelit dilancarkan, empat satelit boleh dihubungi serentak bagi memberikan bacaan kedudukan yang lebih jitu untuk angkasawan di permukaan bulan.
Sistem GPS ini apabila beroperasi kelak berguna untuk melakukan pengembaraan di permukaan bulan dan juga memudahkan proses pelancaran serta pendaratan kapal angkasa.
China mempunyai perancangan untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2030.
Mereka telahpun menjadi negara pertama berjaya mendaratkan proba di kawasan bulan jauh tahun ini dan memulangkan sampel tanah bulan ke bumi beberapa minggu lalu.
NASA telahpun menganugerahkan kontrak membina sistem GPS di bulan kepada Lockheed Martin sementara ESA akan menggunakan rangkaian satelit GPS Gallileo mereka untuk tugas yang sama. -Amanz
Amanz
Mon Jul 15 2024
Sebanyak 21 satelit akan mengorbit bulan bagi memberikan kemampuan GPS dengan ketepatan yang tinggi. -Gambar fail/Bernama
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Korea Utara, Rusia meterai perjanjian pertahanan
Korea Utara telah meratifikasi perjanjian pertahanan bersama Rusia yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin negara, Jun lalu, di mana menerusi perjanjian itu, setiap pihak perlu saling membantu sekiranya berlaku serangan bersenjata.
Trump pilih Konservatif Pro-Israel sebagai Duta
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan pelantikan bekas Gabenor Arkansas, Mike Huckabee, sebagai duta Amerika Syarikat ke Israel.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Israel-Hezbollah berbalas serangan
Tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke kawasan pinggir bandar selatan Beirut pada Selasa, menyasarkan kawasan yang dikawal oleh Hezbollah.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Israel mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa kerajaan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei lebih takutkan rakyatnya sendiri berbanding ancaman dari Israel.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia tahun ini 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran 2.32.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Pegawai Israel mendakwa, terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dan ia berkaitan dengan isu keselamatan.
Selepas taufan Toraji, Filipina diancam ribut tropika Usagi
Filipina mengeluarkan amaran cuaca baharu ketika ribut besar kelima dalam tiga minggu menghampiri kepulauan itu, hanya beberapa hari selepas ribuan penduduk dipindahkan kerana Taufan Toraji.
AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Washington memberi jaminan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden tidak akan menamatkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menangani pemanasan global.
China bangunkan sistem GPS untuk bulan
Sebanyak 21 satelit akan mengorbit bulan bagi memberikan kemampuan GPS dengan ketepatan yang tinggi.