NANNING: Syarikat-syarikat besar China yang mempunyai tapak perniagaan di Malaysia seperti - China Communications Construction Company (CCCC); Geely; dan Huawei - digesa untuk menitikberatkan perkongsian peningkatan kemahiran (upskilling) kepada tenaga kerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk- Seri Anwar Ibrahim berkata, itu antara perkara yang beliau kongsikan dalam pertemuan dua hala rakan sejawatannya dari China, Li Qiang, serta pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat berkenaan.
Beliau berkata, daripada maklum balas yang diperoleh, China memandang tinggi kepakaran tenaga profesional di Malaysia, namun kekurangan upskilling di peringkat tertinggi agak ketara.
“Apa faedahnya (daripada pertemuan-pertemuan tersebut) ialah penyertaan mereka dan dukungan Perdana Menteri Li supaya syarikat negara China turut lebih aktif melabur di Malaysia dengan menekankan soal latihan di peringkat ketiga iaitu upskilling.
“Seperti mana saya sebut dulu, semua pandangan mereka tentang tenaga profesional Malaysia, baik jurutera, juruteknik, pakar teknologi maklumat dan sebagainya dari Malaysia sangat baik, berdedikasi dan juga disiplin.
“Tetapi agak ketara kekurangan upskilling di peringkat tertinggi. Jadi dalam semua perbincangan termasuk dengan syarikat CCCC yang membangunkan ECRL di Pantai Timur, dan juga Geely, dan hari ini juga Huawei, semua saya tekankan syarat supaya tambah usaha penyelidikan di Malaysia, dan juga latihan khas harus diselenggara untuk anak-anak Malaysia,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kumpulan wartawan Malaysia bagi merumuskan lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, China, sempena China-ASEAN Expo ke-12, dan China-ASEAN Business Summit and Investment Summit (CABIS), pada Ahad.
Dalam pada itu Anwar berkata, beliau gembira dengan komitmen China yang akan menamnah pembelian kelapa sawit sebanyak 500,000 tan.
“Ini sudah tentu akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil, kerana ini kali pertama di mana pertambahan besar dilakukan oleh China secara tetap.
“Selalunya mereka mengikut harga, tapi perjanjian import tetap dari China, penambahan daripada jumlah terdahulu sekitar RM2.5 bilion. Ini satu kategori sangat baik... kejayaan besar dari rakan-rakan (kementerian dan agensi) yang terlibat,” katanya lagi.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beliau memahami pandangan sesetengah pihak yang melihat Malaysia terlalu cenderung mendapatkan pelaburan dan hasil ekonomi dari China, sedangkan negara itu sedang bersaing untuk memperluas pengaruh geopolitiknya.
Beliau menjelaskan, Malaysia sentiasa mengambil pendekatan pragmatik, dan kekal bebas, serta memastikan hasil pelaburan memberi pulangan yang dapat memanfaatkan Malaysia serta rakyatnya.
“Kita ambil pendekatan pragmatik … mengapa dengan China, kerana ekonomi mereka kukuh, pelaburan mereka besar, keupayaan import dari Malaysia lebih tinggi, perdagangan dua hala tertinggi Malaysia selama 14 tahun berturut-turut, tapi ini tidak memberi gambaran kita kurangkan perhatian kepada rakan-rakan lain seperti Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah (Asia Barat).
“(Sebagai contoh), apa penekanan tentang Belt Road Initiative (BRI), kerana kalau cadangan untuk pembinaan infrastruktur, itu harus bersama dengan syarikat tempatan yang ada kapasiti. Kedua, ia harus diberikan pulangan lebih baik, kos itu dapat ditanggung melalui dana awal oleh negara China dengan kadar lebih rendah,” katanya lagi.
Selain itu Perdana Menteri berkata, Malaysia juga dapat menimba manfaat daripada hubungan ekonomi yang kukuh dengan China, khususnya dalam bidang pemindahan teknologi, serta memastikan penggunaan tenaga tempatan yang lebih meluas.
Anwar berkata, beliau turut mengambil peluang mengulangi jemputan kepada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li untuk mengadakan lawatan negara dan lawatan rasmi masing-masing ke Malaysia, sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun 2024.
Firdaus Azil
Sun Sep 17 2023

Anwar berkata China memandang tinggi kepakaran tenaga profesional di Malaysia, namun kekurangan 'upskilling' di peringkat tertinggi agak ketara. - Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.