Di Malaysia, jenama Chevrolet mungkin tidak se-gah nama jenama-jenama terkemuka lain dari Jepun atau Jerman, namun bagi mereka yang memiliki atau pernah memandu kereta dari jenama ini, mereka pasti dapat merasakan bahawa jenama ini menghasilkan kereta yang cukup bagus.

Pada penghujung bulan Jun yang lalu, bertempat di Detroit, USA, Chevrolet telah melancarkan model terbaharu Cruze tahun 2016. Model terbaharu Cruze ini adalah lebih besar, lebih ringan, lebih cekap penggunaan bahan api dan ianya melambangkan kecanggihan evolusi daripada Chevrolet.

Ruang Kabin
Dengan ruang yang lebih besar dan teknologi yang lebih canggih, Cruze 2016 ini mempunyai kabin yang direka supaya ianya lebih selesa dan mempunyai jaringan hubungan yang lebih canggih kepada pemandu dan penumpang.

Dengan integrasi telefon pintar, sistem hiburan terbaharu Chevrolet MyLink mampu memberikan hiburan yang ringkas serta memuaskan kepada pemandu dan penumpang. Ia menggabungkan beberapa fungsi telefon pintar kepada skrin sesentuh bersaiz 7 inci.

Terdapat juga skrin sentuh 8 inci MyLink Radio bagi pilihan yang lebih baik dan kesesuaian Apple CarPlay. Fungsi ini membolehkan pengguna iPhone menghubungkan telefon mereka kepada skrin sesentuh kereta, sekaligus membolehkan pemandu membuat panggilan telefon, menerima dan menghantar pesanan ringkas dan mendengar muzik terus daripada skrin sesentuh atau melalui kawalan suara Siri.

Bagi pengguna peranti dengan Android pula, terdapat fungsi Android Auto yang mampu memaparkan Google Map, Google Now di samping applikasi muzik dan pesanan ringkas yang sedang berkembang seperti WhatsApp, Skype, Google Play Music, Spotify dan Podcast Player.

Enjin
Model Cruze 2016 ini akan dikuasakan oleh enjin 1.4 liter denga pengecas turbo. Ianya memberi fungsi-fungsi seperti suntikan bahan api terus, teknologi start/stop dan ianya disambungkan kepada plihan kotak gear manual atau automatik 6 kelajuan.

Enjin ini menghasilkan 153hp dan 240Nm tork. Dengan enjin turbo dan berat yang berkurang berbanding model generasi terdahulu, model Cruze 2016 terbaharu ini dijangka mampu memecut dari rehat ke 100km/j dalam masa 8 saat.

Ciri-ciri Keselamatan
Model Cruze 2016 ini akan didatangkan dengan 10 beg udara dan teknologi-teknologi keselamatan aktif seperti Side Blind Zone Alert, Rear Cross-Traffic Alert, Lane Keep Assist dan Forward Collision Alert.

Antara ciri-ciri keselamatan lain termasuklah: