Tiga aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dijangka akan didakwa semula di mahkamah hari ini di bawah peruntukan undang-undang dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 yang sebelum ini diisytiharkan oleh Mahkamah Rayuan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Edy Nor Reduan dan Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 April lepas setelah mahkamah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Ketiga-tiga mereka dilaporkan menerima waran pada Rabu supaya hadir di mahkamah pada hari ini untuk didakwa semula berhubung perhimpunan anti-kenaikan harga barang, TURUN, pada malam ambang tahun baru 2014.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini antara pukul 9 malam, 31 Disember 2013 dan pukul 1 pagi 1 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal memaklumkan Ketua Polis Dang Wangi, 10 hari sebelum tarikh perhimpunan dan oleh itu, melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.
Pendakwaan ke atas tiga aktivis itu mengulangi apa yang berlaku ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama sekali lagi selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu membebaskan Nik Nazmi daripada tuduhan gagal memberi notis 10 hari kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lalu.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya memutuskan Seksyen 9(5) akta berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan itu di luar batas Artikel 10 yang menjamin kebebasan berhimpun.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu dirayu oleh pihak pendakwaraya dan sementara menunggu rayuan itu, Peguam Negara mengemukakan pertuduhan yang sama sekali lagi ke atas Nik Nazmi di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 6 Mei lalu.
Hakim bagaimanapun melepas tanpa membebaskan pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat itu, antara lain, kerana undang-undang tidak membolehkan seseorang didakwa dua kali atas tuduhan yang sama.
Sementara itu, peguam Eric Paulsen menyifatkan tindakan Peguam Negara mengemukakan pertuduhan yang sama dua kali di bawah peruntukan undang-undang yang tidak wujud kerana diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah sebagai satu tindakan yang salah.
The Malaysian Insider memetik peguam itu berkata Tan Sri Abdul Gani Patail perlu menghormati dan mematuhi kedaulatan undang-undang dan sepatutnya menunggu rayuan pihaknya diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum mengambil langkah yang seterusnya.
"Dengan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu, Gani telah menghina mahkamah," kata Paulsen seperti dipetik oleh portal berita itu.
Astro Awani
Fri May 09 2014
![Chegubard dan kawan-kawan tempa nasib macam Nik Nazmi Chegubard dan kawan-kawan tempa nasib macam Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365678490_295x200.jpg)
Tiga aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dijangka akan didakwa semula di mahkamah hari ini.
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
![Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670921301_ACPNoorDellhanYah.jpg)
Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.
![Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570228925_EDMUNDBON.jpg)
Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang
MCCHR merancang menghasilkan draf pindaan dan bertemu dengan agensi berkaitan selain daripada kementerian menjelang awal tahun hadapan untuk mengemukakan cadangan pindaan, jika diperlukan.
![Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553774722_LokmanNoorAdam.jpg)
Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.
![Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542623711_TanSriMuhyiddin.jpg)
Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin
Beliau berkata sebarang tindakan untuk meneruskan perhimpunan itu adalah tidak munasabah.
![Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507718451_KetuaPolisNegara.jpg)
Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor keselamatan.
![Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81501768984_KetuaPolisNegara.jpg)
Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.
![Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491110404_NazriTunM.jpg)
Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, setakat hari ini, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.
![Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41489412557_NazriTunM.jpg)
Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit
Setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di MRSM Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.
![Perkasa cadang Pas adakan petisyen raih sokongan untuk RUU 355 Perkasa cadang Pas adakan petisyen raih sokongan untuk RUU 355](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479907930_DatukIbrahimAli.jpg)
Perkasa cadang Pas adakan petisyen raih sokongan untuk RUU 355
Perkasa hari ini mencadangkan PAS mengadakan petisyen bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap RUU 355.
![Penganjur Himpunan 355 mesti patuh undang-undang - KPN Penganjur Himpunan 355 mesti patuh undang-undang - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477466731_KhalidAbuBakar.jpg)
Penganjur Himpunan 355 mesti patuh undang-undang - KPN
Pihak polis berkata mereka hanya akan membenarkan 'Himpunan 355' diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb ini sekiranya penganjurnya mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.