KUALA LUMPUR: Pelancaran portal pekerjaan "Chakrir Khoj" oleh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di negara ini dibuat tanpa sebarang rundingan dan pemakluman rasmi kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Menterinya Datuk Seri M Saravanan yang terkejut dengan tindakan suruhanjaya tinggi itu berkata adalah tidak wajar bagi mereka melancarkan portal pekerjaan kerana ia bukan peranan yang sepatutnya dilaksanakan oleh perwakilan diplomatik asing di negara ini.
Beliau berkata portal itu bukan sahaja bercanggah dengan hasrat kerajaan mengenai perancangan keperluan guna tenaga pekerja warga asing, malah pada masa sama akan memburukkan imej kerajaan dan kementerian itu.
"Tindakan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ini boleh mendorong kemasukan pendatang tanpa izin warga Bangladesh ke negara ini kerana tertarik dengan peluang yang dijanjikan oleh portal pekerjaan tersebut.
Ini secara tidak langsung boleh menjurus kepada eksploitasi pekerja-pekerja tersebut yang boleh memberikan imej negatif kepada negara," katanya dalam kenyataan hari ini bagi merujuk berita yang tersiar di media tempatan mengenai pelancaran portal pekerjaan itu pada 8 April lepas.
Portal pekerjaan itu dikatakan bertujuan membantu majikan mencari pekerja warga Bangladesh di negara ini dan juga membantu warganya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau tinggal melebihi tempoh masa untuk menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk pendatang tanpa izin yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun lepas.
Saravanan berkata kementerian itu memandang serius tindakan yang diambil pihak suruhanjaya tinggi itu memandangkan ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pihak majikan.
Beliau berkata program rekalibrasi yang dilaksanakan KSM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai 16 Nov 2020 sehingga 30 Jun depan adalah dikendalikan sepenuhnya oleh agensi kerajaan dan majikan-majikan yang memerlukan tenaga kerja tanpa penglibatan vendor atau pihak ketiga.
"Sektor pekerjaan yang terlibat pula hanya merangkumi sektor pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian," katanya dan menambah, di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246), pengambilan pekerja asing di negara ini hanya boleh dikendalikan oleh agensi pekerjaan swasta yang berlesen dengan pihak Jabatan Tenaga Kerja.
Katanya, portal "Chakrir Khoj" itu juga akan menjejaskan peluang dan usaha lebih daripada 400 Agensi Pekerjaan Swasta (APS) Kategori C yang berdaftar dengan KSM untuk membawa masuk pekerja asing, memandangkan agensi berkenaan telah hampir setahun tidak menjalankan perniagaan tetapi perlu membayar fi yang tinggi untuk kekal sebagai ejen.
Saravanan berkata kementerian itu juga mempunyai portal pekerjaan nasional iaitu MyFutureJobs dengan kekosongan jawatan yang melibatkan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang diiklankan di portal berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021
Saravanan berkata kementerian itu memandang serius tindakan yang diambil pihak suruhanjaya tinggi itu memandangkan ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pihak majikan. - Gambar fail
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Depot Tahanan Imigresen Jawi beroperasi sepenuhnya Disember ini
Depot Tahanan Imigresen di Jawi yang baharu siap akan menempatkan pendatang tanpa izin bermula 26 Nov ini dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Dis bagi menggantikan Depot Tahanan Juru.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Rang undang-undang baharu berkaitan tahanan rumah hanya terpakai kepada individu yang dikenakan perintah tahanan reman, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Pembekuan permohonan kuota pekerja asing diteruskan - Saifuddin Nasution
Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.