Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima sebanyak 7,556 aduan berkaitan masalah perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin berkata kebanyakan aduan yang diterima pihaknya adalah berkaitan lebihan caj bayaran kepada pengguna bagi perkhidmatan yang telah ditamatkan atau pertukaran talian lain.
Katanya masalah lain yang sering dibangkitkan termasuk pengurusan data domestik, panggilan prabayar antarabangsa, pendaftaran palsu dan penipuan dalam perkhidmatan.
"Pengguna yang menghadapi masalah begitu pertama mestilah membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan kerana mereka paling memahami masalah yang dihadapi," katanya semasa menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara yang disiarkan stesen radio, PerakFM di sini pada Selasa.
Beliau berkata sekiranya pengguna tetap tidak berpuas hati setelah membuat aduan, mereka boleh mengajukannya kepada pihak CFM dan pihaknya akan berusaha menyelesaikan berbangkit secara adil.
Selain itu, Ahmad Izham berkata CFM akan mengadakan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia di sebuah hotel di sini esok bersempena dengan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia.
CFM merupakan sebuah organisasi di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan ditubuhkan pada tahun 2001.--Bernama
Bernama
Wed Mar 22 2017
Kebanyakan aduan yang diterima pihaknya adalah berkaitan lebihan caj bayaran kepada pengguna bagi perkhidmatan yang telah ditamatkan atau pertukaran talian lain. - Gambar fail
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
CFM terima lebih 7,000 aduan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi pada 2016
Kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan lebihan caj bayaran kepada pengguna bagi perkhidmatan yang telah ditamatkan atau pertukaran talian lain.