KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah mengesan satu pencerobohan haram tanah seluas lapan hektar milik kerajaan Pahang di kawasan hutan Sungai Lembing di sini pada Isnin.
Pegawai Hutan Daerah Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata, daripada jumlah itu, sebanyak kira-kira satu hektar telah digunakan bagi tujuan pertanian membabitkan tanaman durian Musang King, pisang dan beberapa jenis tanaman lain.
Menurutnya, lebih 2,500 pokok durian dikesan ditanam secara haram dan akan dimusnahkan secara berperingkat dalam masa terdekat.
"Semalam (Isnin) kita sudah berjaya menebang lebih 200 pokok durian Musang King berusia antara empat hingga lima tahun dan bakinya akan musnahkan selepas ini.
"Selain tanaman durian, kita juga akan musnahkan rumah kongsi dan rumah kuasa solar yang terdapat dalam kawasan hutan milik kerajaan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Kampung Kolong Pahat dan Kampung Seberang, Sungai Lembing melibatkan seramai 110 anggota penguat kuasa JPNP, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang (UPNP).
Turut sama memantau hari pertama operasi berkenaan ialah Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah.
Norshazlee menjelaskan, penyertaan penduduk setempat dalam operasi yang diadakan membuktikan kegiatan menceroboh tanah milik kerajaan tidak disenangi oleh mereka.
Tegasnya, tindakan pencerobohan hutan boleh mengundang kejadian tidak diingini seperti hakisan dan banjir lumpur yang boleh mengancam nyawa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.
"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang didapati sesuka hati menceroboh tanah milik kerajaan termasuk hutan simpan di daerah ini.
"Malah, kita akan terus memantau kawasan terbabit bagi memastikan tiada pihak cuba menceroboh hutan berkenaan.
"Tindakan boleh dikenakan pada individu yang melanggar peraturan," katanya yang turut berharap semua pihak dapat bekerjasama memberi maklumat sekiranya mengetahui aktiviti menceroboh hutan dilakukan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 22 2022
JPNP melakukan kerja-kerja memusnahkan pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di dalam hutan Sungai Lembing. -Foto Sinar Harian
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Ceroboh hutan tanam pokok durian Musang King
Lebih 2,500 pokok durian dikesan ditanam secara haram dan akan dimusnahkan secara berperingkat dalam masa terdekat.