Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town di sini hari ini atas pertuduhan rasuah, Februari lalu.
Azman, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri di hadapan Hakim Norsalha Hamid.
Mengikut pertuduhan, Azman menerima untuk diri sendiri suatu benda berharga iaitu seutas jam tangan jenama Cerutti bernilai RM1,280 dengan tiada balasan daripada pemilik Syarikat Safa Murni Enterprise, Zaiyusni Ibrahim di Pusat Latihan Zakat di daerah Barat Daya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh yang juga Pengurus Besar ZPP diwakili peguam N. Rajivan dan Mohamed Reza Ibrahim.
Pada 19 Julai lepas, di Mahkamah Majistret Butterworth, Azman turut didakwa atas kesalahan rasuah dan berdepan tiga pertuduhan menerima tiga utas jam berjenama.
Astro Awani
Fri Jul 21 2017
Mahkamah membenarkan Azman (tengah) diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - fotoBERNAMA
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Anak meninggal dunia pada hari kelahiran ibu
Pelajar universiti warga Malaysia yang meninggal dunia akibat kemalangan di Pekanbaru, Indonesia, ialah anak kepada bekas ketua pegawai eksekutif Zakat Pulau Pinang, Datuk Azman Abdul Samat.
CEO ZPP mengaku tidak bersalah ambil rasuah jam jenama Cerutti
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah.