KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan kandungan komunikasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 26 pertuduhan memberi suapan berjumlah RM85,000 kepada seorang kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi, lapan tahun lepas.
Lim Eng Hoong, 46, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-26, Lim didakwa secara rasuah memberikan suapan wang berjumlah RM85,000 kepada seorang lelaki yang juga kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi melalui akaun bank atas nama seorang wanita.
Wang rasuah itu adalah sebagai upah kepada kakitangan syarikat telekomunikasi berkenaan kerana memberikan maklumat aduan pelanggan syarikat telekomunikasi itu kepada syarikat milik tertuduh iaitu daripada portal sistem perkhidmatan syarikat telekomunikasi tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di HSBC Amanah Cawangan Wangsa Maju di sini, antara 3 Dis 2014 hingga 1 Sept 2016, yang didakwa mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asri Abdul Rahman Sidik menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM berhampiran dan tidak menganggu saksi-saksi pendakwaan.
Peguam Emily Shir Lay yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung isteri serta tiga anak dan sejak pandemik dua tahun lepas syarikatnya tidak dapat menjana pendapatan sehingga tertuduh terpaksa menjual dua kereta miliknya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan syarat-syarat tambahan seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan selain menetapkan 23 Feb ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Lim Eng Hoong mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Rasuah: CEO syarikat rangkaian telekomunikasi direman
Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lebih RM200,000.

CEO syarikat penyediaan perkhidmatan kandungan komunikasi didakwa beri suapan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan kandungan komunikasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 26 pertuduhan memberi suapan berjumlah RM85,000.