PATRICK Spence meletakkan jawatan sebagai CEO dan ahli lembaga pengarah Sonos semalam.


Ringkasan AI
  • Patrick Spence meletakkan jawatan sebagai CEO dan ahli lembaga pengarah Sonos, dengan Tom Conrad dilantik sebagai CEO sementara.
  • Pencarian CEO baharu telah dimulakan untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos sambil memacu pertumbuhan yang menguntungkan.
  • Peletakan jawatan Spence dipercayai berkait dengan kegagalan aplikasi baharu Sonos yang mengalami pelbagai isu seperti kehilangan ciri sedia ada, sokongan aplikasi penstriman yang terhad, dan pepijat yang merosakkan pengalaman pengguna.


Keputusan beliau diterima oleh lembaga pengarah, dan Tom Conrad dilantik sebagai CEO sementara.

Pencarian CEO baharu telah dimulakan, dengan calon perlu meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos dalam melayani pelanggannya sambil memacu pertumbuhan yang menguntungkan.

Walaupun sebab peletakan jawatan tidak dinyatakan dalam kenyataan rasmi, ia dipercayai berkait dengan kegagalan Spence memastikan aplikasi baharu Sonos berjalan lancar.

Sejak diperkenalkan, timbul pelbagai isu seperti kehilangan ciri sedia ada, sokongan aplikasi penstriman yang terhad, dan terlalu banyak pepijat yang merosakkan pengalaman pengguna.

Walaupun pengguna meminta supaya aplikasi lama dilancarkan semula, Sonos bertegas ini tidak boleh dilakukan atas sebab teknologi. -Amanz