ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan itu Zulkifli Che Haron, yang di reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA Ibrahim Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Zulkifli telah dilepaskan kira-kira pukul 10 pagi tadi, setelah selesai memberi keterangan bersama tiga individu yang lain.
"KFA menerima maklum bahawa Zulkifli telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM pada Khamis, sebelum dimaklumkan mengenai tangkapan dan proses reman yang akan dibuat terhadap Zulkifli pada pagi Jumaat.
"KFA berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan segala tuduhan yang tidak berasas, kerana kes ini masih di peringkat awal siasatan. Persatuan menafikan semua bentuk keterlibatan rasuah dan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ibrahim berkata pelantikan CEO adalah bagi melancarkan pentadbiran dan fungsi sekretariat di bawah Setiausaha Kehormat menurut Statut Persatuan KFA dan ingin menjelaskan bahawa persatuan tiada kaitan dengan mana-mana projek kerajaan negeri.
Beliau berkata menurut statut persatuan, kesemua keputusan persatuan perlu diputuskan di bawah Jawatankuasa Eksekutif (Exco KFA) dan CEO hanya menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran persatuan.
"Sepanjang penubuhan persatuan, pendapatan utama ialah dari sumbangan syarikat dan badan-badan korporat dan segala penerimaan wang telah direkodkan dalam Laporan Kewangan persatuan dan telah dibentangkan. Sumbangan diterima tanpa imbalan dan tanpa prasangka.
"Sebagai rekod, CEO KFA telah dilantik pada Ogos 2020 dan telah berusaha dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji dan tuntutan hutang daripada badan berkanun semenjak pentadbiran persatuan bertukar kepimpinan," katanya.
Ibrahim berkata hasil pelantikan itu, telah berjaya merekodkan kejayaan proses pemisahan pasukan bola sepak FA kepada FC, selain kejayaan memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada 2023.
Jumaat lalu, media melaporkan SPRM mendapat perintah reman selama tiga hari terhadap empat individu, termasuk seorang ketua pegawai eksekutif sebuah persatuan bola sepak sebuah negeri di utara tanah air bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM6 juta pada 2020.
Menurut sumber, wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024

KFA hari ini memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan itu Zulkifli Che Haron, yang di reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Mukhriz sedia jadi presiden KFA jika penyokong mahu
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah sekiranya itu yang dimahukan penyokong 'Lang Merah'.