KUALA LUMPUR: Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) hari ini telah mengadakan suatu mesyuarat penyelarasan kumpulan penyelidikan bagi memuktamadkan laporan separuh penggal (mid-term review) Semakan Berkala Sejagat (UPR), bagi pusingan ketiga melibatkan Malaysia.
Projek penyelidikan ini merupakan susulan daripada usaha yang telah dimulakan CENTHRA semenjak penglibatannya dalam proses UPR di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC), Geneva seawal tahun 2014.
Penyertaan CENTHRA melalui gabungan Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process atau MACSA dalam sesi UPR pada bulan November 2018 telah memperkukuh suara Organisasi Masyarakat Sivil Islam dalam menyuarakan isu-isu hak asasi manusia dalam kerangka yang tepat dan berwibawa.
"Melalui sokongan berterusan daripada pelbagai pihak khususnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), CENTHRA telah dapat memberikan perhatian kepada tema-tema penyelidikan yang dipilih bagi memastikan gambaran serta data yang tepat dapat diperolehi untuk dijadikan asas rujukan advokasi NGO ini di dalam bidang hak asasi manusia.
"Hasil penyelidikan daripada laporan separuh penggal ini membentuk dokumen yang akan dikemukakan CENTHRA kepada Jawatankuasa Kerja, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland pada bulan ini," kata CENTHRA dalam satu kenyataan.
Seramai kira-kira 21 penyelidik terdiri daripada pakar-pakar rujuk daripada kalangan pensyarah universiti-universiti tempatan, pengamal undang-undang dan aktivis CENTHRA telah hadir menyumbangkan idea dan pandangan mengenai kemajuan penyelidikan tersebut.
Sebanyak 10 tema kajian telah dibentangkan sebagai ringkasan laporan merangkumi tema Hak Pelarian, Pekerja Migran, Pemerdagangan Manusia, Isu Individu Tanpa Negara, Kebebasan Bersuara, Hak Kanak-kanak, Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, Kebebasan Beragama, Mahkamah Sivil dan Syariah serta Perjanjian Antarabangsa.
Astro Awani
Sat Nov 13 2021

Hasil penyelidikan daripada laporan separuh penggal ini membentuk dokumen yang akan dikemukakan CENTHRA kepada UNHRC.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

CENTHRA kemuka laporan separuh penggal UPR ke majlis hak asasi manusia UNHRC
Hasil penyelidikan daripada laporan separuh penggal ini membentuk dokumen yang akan dikemukakan CENTHRA kepada UNHRC.