Sebagai ketua program prauniversiti yang telah hampir enam tahun mentadbir program dan memantau pencapaian akademik pelajar, saya dapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecemerlangan pelajar.
Syarat kemasukan ke program ASASIpintar UKM adalah antara yang tertinggi iaitu lepasan SPM perlu mencapai sekurang-kurangnya 7A- bagi permohonan melalui UPU.
Tetapi persoalan yang sering ditanya oleh ibu-bapa antaranya adalah kenapa anaknya yang cemerlang dalam SPM tetapi tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat prauniversiti.
Hasil dari pemerhatian dan perbincangan dengan pelajar, faktor tekanan dalam kalangan pelajar adalah dari aspek pembelajaran dan peribadi.
Faktor akademik merupakan penyebab utama wujudnya tekanan dalam kalangan pelajar dan diikuti dengan faktor sosial serta emosi. Antara tekanan dalam kalangan pelajar adalah disebabkan oleh persaingan dengan pelajar lain.
Pelajar perlu mencapai keputusan yang tinggi bagi mendapatkan tempat di fakulti yang menjadi rebutan seperti perubatan, pergigian, dan farmasi.
Keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak menjamin mereka mendapat tempat jika mereka gagal dalam saringan dan temuduga yang ditetapkan oleh fakulti tertentu.
Kegagalan itu disebabkan oleh keterampilan diri yang tidak kemas, penguasaan Bahasa Melayu dan Inggeris yang kurang baik, keyakinan diri yang rendah dan kurang pengetahuan berkaitan bidang pengajian yang dipohon.
Melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi memberi tekanan kepada segelintir pelajar kerana mereka perlu melalui proses penyesuaian persekitaran pendidikan yang amat berbeza dari alam persekolahan, dan persekitaran sosial yang baharu.
Pelajar prauniversiti mengalami pelbagai kesukaran seperti penyesuaian pendidikan, sosial, persekitaran, dan psikologi.
Didapati pelajar yang kurang cemerlang, kurang kemahiran penyesuaian diri di universiti dan mempunyai daya tahan (resilience) yang lemah.
Kegagalan pelajar dalam menguruskan masa dengan bijak adalah salah satu faktor yang mendorong kepada stres dan pencapaian akademik yang kurang baik.
Kebanyakan punca-punca stres adalah berkaitan dengan masa. Pelajar yang dapat mengurus masa dengan baik dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik mereka dan seterusnya menyumbang kepada kepuasan dalam kehidupan seperti dapat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan acara-acara di kampus yang bermanfaat.
Sebaliknya pelajar yang tidak mampu mengurus masa dengan baik lebih mudah mengalih perhatian dari tugas utama mereka iaitu aktiviti pembelajaran.
Mereka lebih cenderung untuk melengahkan masa atau melengahkan tugasan (procrastination) kerana berpendapat mereka mempunyai banyak masa dan membiarkan tugasan akademik seperti laporan makmal dan latihan tutorial dilakukan pada saat-saat akhir.
Ini menyebabkan mereka mengalami tekanan yang tinggi untuk menyiapkan tugasan dan berkemungkinan markah ditolak kerana penghantaran yang lewat dari tarikh yang ditetapkan pensyarah.
Antara intervensi yang dijalankan oleh pihak pentadbiran program ialah memanggil pelajar dan juga merujuk mereka kepada kaunselor.
Penekanan terhadap kemahiran pengurusan masa dan pengurusan stres dalam pembelajaran di peringkat prauniversiti juga dilakukan.
Pensyarah juga boleh memainkan peranan dalam pembelajaran di bilik kuliah dan juga semasa perjumpaan dengan pelajar dengan memberi penekanan kepada pelajar tentang cara menyediakan jadual dan menguruskan masa.
Pada awal setiap semester kebiasaannya pensyarah akan menerangkan proforma dan penilaian kursus.
Maka pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh penting tugasan, kuiz dan peperiksaan.
Pensyarah dan mentor akademik boleh mengingatkan kepada pelajar tentang kepentingan mengurus masa dengan baik supaya ianya dapat membantu mereka merendahkan risiko berhadapan dengan masalah stres atau kelengahan.
Pihak pentadbir pula boleh mengambil beberapa langkah proaktif seperti menganjurkan bengkel pengurusan masa, dan kursus-kursus berhubung dengan cara-cara pengurusan stres di awal semester.
Setiap pelajar perlu memiliki perancangan yang teliti dan efektif dalam menguruskan masa mereka kerana perancangan yang baik memerlukan keazaman yang tinggi terhadap matlamat dan keutamaan.
Pelajar perlu dilatih mengurus dan mengagih masa dengan cekap supaya tidak mudah terlibat dengan amalan-amalan yang merugikan seperti melengahkan kerja, dan aktiviti sosial yang mencuri masa pembelajaran dan ulang kaji.
Pelajar perlu dibimbing untuk memilih tugas yang utama dan memberi keutamaan kepada tugas utama sebelum melakukan tugas kurang utama serta mengelak dari belajar pada saat-saat akhir untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan pencapaian akademik.
Gaya pembelajaran yang tidak sesuai juga menyumbang kepada pencapaian yang rendah. Di peringkat prauniversiti, pelajar perlu mengamalkan regulasi kendiri dan tidak bergantung kepada pensyarah dan rakan-rakan.
Pelajar perlu sentiasa cakna dengan tarikh-tarikh penting seperti pendaftaran kursus, penilaian dan sebagainya.
Pelajar haruslah mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji kemahiran belajar yang paling bersesuaian dengan diri sendiri dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri dalam pembelajaran.
Antara kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ialah tidak mengambil berat tentang tugasan formatif kerana merasakan peratusan markahnya kecil berbanding penilaian sumatif, sedangkan markah bagi penilaian berterusan ini seperti laporan makmal dan kuiz amat membantu bagi mendapatkan gred kursus yang baik.
Kesimpulannya bagi mencapai kecemerlangan, aspek yang paling penting adalah diri pelajar itu sendiri. Sebagai seorang pelajar, sikap ingin meningkatkan ilmu pengetahuan serta berdisiplin adalah perlu dalam melaksanakan gaya belajar yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik.
Pelajar perlu bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan seperti kemahiran komunikasi.
Pihak pentadbir dan pensyarah juga perlu memainkan peranan dalam memastikan pelajar tetap cemerlang seperti yang dicapai ketika di sekolah menengah.
Dr Azizah Mohd Zahidi
Sat Sep 23 2023
Pelajar prauniversiti mengalami pelbagai kesukaran seperti penyesuaian pendidikan, sosial, persekitaran, dan psikologi. -Gambar hiasan
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Cemerlang SPM, tetap cemerlang di peringkat prauniversiti?
Pelajar prauniversiti mengalami pelbagai kesukaran seperti penyesuaian pendidikan, sosial, persekitaran, dan psikologi.