TAWAU: Seorang pengamal perubatan Islam yang juga pemilik sebuah restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini kerana bersalah mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan berukuran 83 sentimeter pada minggu lalu.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Faizal Md Yusuf, 34, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Faizal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Siti Nur Ajeerah lama, 32, menggunakan sebatang rotan di restoran D'archery Garden, Batu 1 Jalan Kuhara Tawau pada jam 1 pagi 6 April lula kerana mengesyaki isterinya berlaku curang.
Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Tawau serta mengalami trauma.
Sementara itu, Awang Kerisnada dalam penghujahan penghakiman berkata hukuman dikenakan mengambil kira tahap keseriusan kecederaan yang dialami mangsa.
"Tidak kira sama ada betul atau tidak mangsa curang, itu tidak sepatutnya dijadikan alasan tertuduh memukul mangsa dengan begitu teruk.
"Tertuduh boleh sahaja membuat laporan polis atau merujuk ke Mahkamah Syariah atau mendapatkan khidmat kaunseling kerana perbuatan terhadap isteri itu tidak wajar dan mendera," katanya.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada 6 April, jam 10.42 malam selepas dirotan suaminya selain berasa terancam kerana sering dipukul tertuduh setiap kali berlaku pergaduhan.
Petrus Bernard
Wed Apr 13 2022

Tertuduh memohon hukuman diringankan dan memberitahu mahkamah bahawa tindakan itu atas perasaan marah kerana mengesyaki isterinya berlaku curang. - Foto Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua
Siasatan awal mendapati pelaku naik angin setelah mangsa mengajaknya tinggal di rumah sewa.

Lelaki mengaku pukul isteri guna bongkah kayu ukiran gajah
Dia dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A kanun sama.

Pukul isteri dengan batang penyapu sawang, penghantar barang dipenjara lima tahun
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap pada 21 Ogos lepas.

Suami mengaku salah tendang, pukul isteri dengan batang penyapu
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu, empat hari lepas.

Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu.

Video tular: Lelaki didakwa curang tak mengaku bersalah pukul isteri
Lelaki yang videonya tular kerana memukul isteri dalam satu kejadian didakwa berkaitan dengan perbuatan curangnya di sebuah hotel, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa.

Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson
Siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.

Suami mengaku salah pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik terhadapnya.

Lelaki pukul isteri guna dumbel hingga maut direman seminggu
Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.

Penganggur dipenjara cederakan isteri
Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan isterinya.