KUALA LUMPUR: Satu jalan tengah harus dicari dalam memastikan sistem pendidikan kita terus berkembang dengan lebih cemerlang, kata Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin.
Mohd Zaffarollah berkata perkara itu perlu menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan kerana ramai ibu bapa kini bimbang dengan prestasi anak-anak mereka di sekolah rendah.
Katanya, ramai yang berpendapat pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan berlaku keciciran dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
"Walaupun belum dibuktikan bahawa pemansuhan UPSR sebagai punca keciciran kemahiran 3M dalam kalangan pelajar sekolah rendah, namun ia cukup untuk menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan ibu bapa.
"Pemansuhan UPSR tidak sepatutnya menjejaskan kemahiran 3M pelajar kerana sistem pembelajaran sedia ada terus digunakan.
"Penggantian UPSR kepada Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertujuan mengurangkan tekanan dan tumpuan kepada mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga mengabaikan subjek yang yang tidak utama dan pembangunan sahsiah diri menerusi aktiviti kokurikulum.
"Namun ia menimbulkan kebimbangan tanpa UPSR tiada indikator yang tepat untuk mengukur kemahiran 3M. Ia bergantung kepada sekolah sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mohd Zaffarollah berkata, walaupun PBS baik dalam pendidikan awal dan bersifat lebih lebih holistik berbanding kepada sistem pendidikan berfokuskan kepada peperiksaan, namun harus akui bahawa kemahiran 3M adalah asas penting dalam perkembangan intelek pelajar.
Katanya, tanpa kemahiran 3M, pelajar sukar untuk menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan, sekali gus akan menjadi bebanan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Justeru beliau mencadangkan agar Kementerian Pendidikan memikirkan satu sistem peperiksaan berpusat bagi pelajar sekolah rendah yang akan mengukur tahap kemahiran 3M ini.
Astro Awani
Sat Nov 25 2023

Mohd Zaffarollah berkata, tanpa kemahiran 3M, pelajar sukar untuk menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan. - Gambar fail

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.