Majikan disaran mewujudkan perjanjian bagi memastikan pekerja tidak meninggalkan syarikat selepas menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran diri.
Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata perlu ada formula bagi 'mengikat' pekerja untuk jangka masa tertentu supaya prestasi sesebuah syarikat tidak terjejas selepas menghantar pekerja mengikuti latihan kemahiran.
"Setengah majikan beritahu saya, mereka tidak mahu menghantar pekerja mendapatkan latihan kerana apabila mereka pulang, gaji perlu dinaikkan dan ada juga yang akan berhenti kerja selepas dihantar menjalani latihan kemahiran industri.
"Saya beri cadangan supaya majikan perlu menandatangani perjanjian dengan pekerja. Jika pekerja dihantar menjalani latihan, mereka perlu datang semula kepada syarikat untuk berkhidmat, umpama 'mengikat' pekerja selepas diberi latihan.
"Amat menyedihkan buat majikan jika pekerja meninggalkan syarikat selepas dihantar mendapatkan latihan, kerana ia akan menjejaskan perniagaan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, di sini, hari ini.
Menurutnya, formula kerajaan yang menaja pelajar mendapat pengajian luar negara boleh digunapakai pihak majikan untuk memastikan pekerja mereka 'setia' untuk terus berkhidmat.
Dalam pada itu, Kula Segaran turut menekankan mengenai kepentingan memacu dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara bagi meningkatkan kemahiran (up-skilling dan re-skilling) pelajar serta tenaga kerja sedia ada.
Ia katanya, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tenaga mahir kepada 35 peratus menjelang 2020, berbanding hanya pada kadar 28 peratus sekarang.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan telah mencadangkan kepada Jabatan Tenaga Manusia (JTM) supaya membuka pusat latihan kemahiran di institusi TVET dari jam 5.30 petang hingga 11 malam, bukan pada waktu kerja biasa dari 8 pagi hingga 5 petang.
"Ini bagi memenuhi keperluan melatih tenaga kerja sedia ada. Dan jika ia berjaya dilaksanakan, ia mampu meningkatkan gaji sedia ada sebanyak 10 hingga 20 peratus," jelasnya.
Terdahulu, Kula Segaran ditanya berhubung isu gaji minimum, sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat memberi jaminan ia akan ditingkatkan kepada RM1,500 seperti yang dijanjikan manifesto PH semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Mengulas perkara itu, Kula Segaran berkata, isu peningkatan gaji minimum perlu diperhalusi supaya majikan dan pekerja mendapat situasi menang-menang.
Afiezy Azaman
Mon May 27 2019
Kula Segaran mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, di Putrajaya, pada Isnin. Astro AWANI
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
microLEAP sedia solusi pembiayaan digital patuh syariah buat PMKS tempatan
microLEAP, sebuah platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) patuh Syariah dan konvensional, muncul sebagai penyelesaian alternatif kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
Polis terima lima laporan 'pelancong' China bekerja di Semporna
Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Sembilan individu berkait GISB disambung reman
Mahkamah benarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap sembilan individu termasuk isteri-isteri kepada pemimpin kanan GISB.
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Baling dilanda banjir kilat, tujuh PPS dibuka
Hujan lebat berterusan semalaman menyebabkan tiga daerah di Baling dilanda banjir kilat sekali gus seramai 199 mangsa terpaksa dipindahkan untuk ditempatkan di tujuh PPS
Cari formula supaya pekerja tidak 'lari' selepas ikuti latihan kemahiran - Kula Segaran
M Kula Segaran berkata perlu ada formula bagi 'mengikat' pekerja untuk jangka masa tertentu supaya prestasi sesebuah syarikat tidak terjejas selepas menghantar pekerja mengikuti latihan kemahiran.