SEREMBAN:Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu sampel cap jari Nora Anne Quoirin yang diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada pihak berkuasa Perancis tidak sepadan dengan cap jari yang diambil daripada mayat yang ditemukan dan juga dalam pangkalan data PDRM.
Penolong Pendaftar Penjenayah Malaysia, Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Puwira Jaya Othman berkata PDRM hanya menerima dua sampel daripada Perancis iaitu jari telunjuk dan jari hantu, kedua-duanya daripada tangan kiri Nora Anne.
"Cap jari yang diperoleh daripada Perancis itu disemak dengan ‘unsolved latents’, jika ia serupa dengan Nora Anne. Cap jari yang diterima adalah rakaman cap jari semasa dia hidup," katanya ketika memberi keterangan pada prosiding inkues di hadapan Koroner Maimoonah Aid, bagi menentukan punca kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis itu, yang memasuki hari ke-14, hari ini.
Bagaimanapun saksi ke-34 itu berkata jika mereka menerima kesemua 10 salinan cap jari daripada pihak berkuasa Perancis, beberapa salinan mungkin sepadan dengan sampel yang ada dalam milik PDRM.
‘Unsolved latents’ merupakan cap jari yang boleh dibuat perbandingan tetapi tidak dapat dipastikan identiti cap jari dan dianggap cap jari belum selesai.
Ditanya peguam mewakili keluarga Nora Anne, S. Sakthyvell sama ada kualiti cap jari boleh terjejas jika mayat dijumpai berhampiran anak sungai, Puwira Jaya yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang berkenaan, berkata kesan cap jari mudah rosak jika di tempat kebakaran dan berair kerana kulit mangsa mengelupas.
Menjawab soalan koroner yang ingin tahu jika ada manusia yang tidak mempunyai 10 cap jari yang lengkap, saksi itu berkata ada, namun peratusannya kecil.
Terdahulu, saksi ke-33, Pemeriksa Cap Jari dan Penolong Pendaftar Penjenayah Malaysia daripada bahagian sama, Rabidin Mohd Zin, 54, berkata cap jari boleh bertahan selama beberapa hari dan minggu, namun bergantung pada persekitaran serta boleh tertinggal di permukaan yang licin, rata dan kering.
"Usia cap jari bergantung pada terlalu banyak benda yang subjektif. Pertama bergantung pada kadar peluh seseorang. Jika keluar peluh banyak, cap jari akan ada di permukaan dengan lebih lama berbanding orang yang tak berpeluh, sudah tentu cap jari tersebut agak sukar untuk melekat pada permukaan yang disentuh.
"Kedua, bergantung pada persekitaran. Ini kerana peluh terdiri daripada air dan lemak iaitu lebih kurang 90 peratus air dan 10 peratus lemak, air mudah keluar dengan faktor cuaca dan mudah tersejat dan terpeluap dengan faktor persekitaran.
"Ketiga, faktor gangguan atau sekiranya terganggu atau tergesel di atas permukaan, kesan cap jari ia akan hilang," katanya yang berpengalaman 32 tahun dalam bidang berkenaan.
Prosiding inkues dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiza Haron yang bertindak sebagai pegawai pengendali.
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.
Pada 13 Ogos 2019, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 km dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berwajib.
Prosiding inkues bersambung 11 Nov dengan ahli keluarga Nora Anne dijangka dipanggil memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan di Seremban. -Gambar fail
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Permohonan semakan keluarga Nora Anne diputuskan pada 16 Jun
Pada 4 Jan lepas, Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa tidak ada individu lain yang terlibat dalam kes kematian remaja berusia 15 tahun itu.

Analisis tiga spesimen mayat Nora Anne tidak temui dadah, racun perosak - Ahli kimia
Suhana Ismail, 52, bertugas di Jabatan Kimia Malaysia, turut menjalankan analisis pestisid organofosfat dan pestisid organoklorin terhadap ketiga-tiga spesimen berkenaan.

Pengurusan kes inkues kematian Nora Anne ditetap 4 Ogos
Pegawai pengendali kes, Mohamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, pihaknya mengenal pasti seramai 589 saksi.

Keterujaan Nora Anne lawat air terjun jadi petunjuk penemuannya
Keinginan Nora Anne Quoirin untuk melawat sebuah air terjun memberi petunjuk pasukan pencari untuk mencari gadis berkenaan di kawasan berkenaan.

Keluarga Nora Anne zahirkan penghargaan, kagum dengan misi pencarian di ambang Aidiladha
Ibu kepada remaja Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak tujuh hari lalu tampil menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam misi SAR anak sulungnya itu.