Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan talkum di Malaysia.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata komponen utama di dalam bedak talkum ialah magnesium silicate hydroxide (yang dikenali umum sebagai bedak talkum) iaitu pembawa bahan toksik yang boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru.
"Bedak talkum digunakan secara langsung pada kulit sebagai penyerap yang berkesan untuk membantu menghilangkan bau dan memberikan sentuhan lembut.
"Talkum menyamai asbestos, ia terdapat dalam bedak bayi dan kosmetik seperti pembayang mata, pemerah pipi dan deodoran.
"Zarah-zarah talkum boleh sampai ke sistem pembiakan dan melekat pada lapisan ovari.
"Para penyelidik telah menemui zarah-zarah talkum dalam tumor ovari dan mendapati bahawa wanita penghidap kanser ovari telah menggunakan bedak talkum pada alat sulit mereka, lebih kerap berbanding wanita yang sihat, " katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, di Malaysia, kanser ovari menjadi kanser umum kelima dalam kalangan wanita, dengan kira-kira 500 pesakit dikesan menghidap penyakit itu setiap tahun.
Menurut Mohideen, bedak talkum juga berisiko tinggi menjejaskan paru-paru manusia kerana zarahnya yang halus mudah memasuki paru-paru, dan ia juga dibimbangi boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi membengkak dan menyebabkan radang paru-paru.
"Statistik menunjukkan bahawa beberapa ribu bayi meninggal dunia setiap tahun atau sakit teruk kerana menyedut bedak bayi secara tidak sengaja.
"Talkum digunakan pada bayi kerana menyerap kelembapan yang tidak menyenangkan. Menyapu bayi dengan bedak talkum membahayakan paru-paru mereka," katanya.
Beliau juga menasihatkan pengguna untuk menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras dan para ibu disaran menggunakan minyak sapu berbanding menggunakan bedak berubat untuk masalah ruam pada bayi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
Statistik menunjukkan beberapa ribu bayi meninggal dunia setiap tahun atau sakit teruk kerana menyedut bedak bayi secara tidak sengaja. -Gambar hiasan
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Bedak talkum boleh sebabkan kanser - IARC
Penyelidik di IARC mendapati terdapat bukti terhad talkum menyebabkan kanser ovari dan menyebabkan kanser pada haiwan yang diuji di makmal.
CAP gesa bedak talkum dan produk berasaskan talkum diharamkan
Statistik menunjukkan bahawa beberapa ribu bayi meninggal dunia setiap tahun atau sakit teruk kerana menyedut bedak bayi secara tidak sengaja.
Produk mengandungi asbestos: Johnson & Johnson diarah bayar ASD4.7 bilion
Ini merupakan perkembangan terkini dalam keputusan kes itu yang menyaksikan ribuan saman difailkan ke atas syarikat farmasi gergasi Amerika Syarikat itu.