KANGAR: Apabila disebut sahaja 'Cameron Highlands' semua pasti terbayang pelbagai jenis sayuran tumbuh subur dan segar yang terdapat di tanah tinggi itu.
Namun penduduk Perlis kini tidak perlu lagi pergi jauh untuk merasai pengalaman itu, apabila sebuah kebun hidroponik yang dikenali sebagai Abi Agro di Kampung Tengah, Abi, menyediakan peluang unik kepada pengunjung untuk memetik dan menimbang sendiri pelbagai jenis sayuran.
Kebun milik anak jati Abi itu tular di media sosial menyebabkan tanaman habis dijual ketika cuti sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, dan sehingga kini pengujung tidak putus-putus datang ke ladang itu.
Pemiliknya Mohd Ashraf Shuib, 40, berkata sambutan luar biasa daripada pengunjung, memberi semangat untuk beliau menambah baik kebun seluas 0.2 hektar yang diusahakan sejak 2017 itu.
"Ada pengunjung yang mengelar kebun ini sebagai 'Cameron Highlands Mini'. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberi sokongan kepada Abi Agro.
"Dan kami berazam untuk menambah lebih banyak lagi jenis sayur dan bunga secara berperingkat, bagi memberi kepuasan kepada pengunjung," katanya kepada Bernama di sini.
Bapa kepada empat orang anak itu berkata antara produk pertanian yang terdapat di kebunnya ialah sawi, pak choy, daun sup, ikan keli dan beberapa jenis bunga vinca gantung.
Katanya, pada peringkat permulaan beliau hanya hasilkan sayuran untuk dijual kepada pembekal namun menukar strategi kepada agropelancongan pada 2020.
"Sejak daripada itu, ramai orang mula datang ke kebun bagi merasai sendiri pengalaman memilih, memetik dan menimbang sayuran yang dibeli oleh mereka," katanya.
Mohd Ashraf berkata beliau memilih agropelancongan kerana ia bukan hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata sebaliknya dapat mendidik masyarakat khususnya generasi muda mendekati dunia pertanian.
"Saya rasa seronok apabila dapat melihat ada ibu bapa yang membawa anak mereka ke kebun Abi Agro.
"Mereka datang ke sini memberi pendedahan kepada anak mereka cara memetik sayuran.
"Ia secara tidak langsung dapat mengajar anak-anak tentang asas pertanian," katanya yang merupakan siswazah jurusan pembangunan manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Beliau juga telah menghasilkan sebuah buku berjudul Teknik Hidroponik bagi memberi galakan kepada orang ramai mencuba teknik tamanan secara hidroponik di rumah dengan menguna barang terpakai.
"Teknik ini (hidroponik) ini sebenarnya mudah dan sesiapa sahaja boleh mencubanya kerana ianya mudah dan mampu menjana pendapatan yang lumayan," katanya yang sedia berkongsi pengalaman dengan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
Mohd Ashraf berkata, beliau memilih agropelancongan bukan hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata sebaliknya dapat mendidik masyarakat mendekati dunia pertanian. --fotoBERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Cameron Highlands mini di Kampung Abi, Perlis
Abi Agro di Kampung Tengah menyediakan peluang unik kepada pengunjung untuk memetik dan menimbang sendiri pelbagai jenis sayuran.