KUALA LUMPUR:Kerajaan sedang mempertimbangkan calon vaksin lain yang berada di fasa ketiga ujian klinikal untuk digunakan di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata usaha itu sedang giat dijalankan menerusi Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), bagi memastikan tahap keselamatan bekalan vaksin COVID-19.
Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama pelbagai kementerian dan jabatan.
"Selain vaksin Pfizer, Malaysia juga menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX, yang akan menyediakan bekalan 10 peratus populasi penduduk di negara ini.
"JKJAV sedang mempertimbangkan calon vaksin lain yang berada fasa ketiga ujian klinikal, malah pengumuman dan senarai keutamaan siapa terima vaksin dulu akan diumumkan pada waktu terdekat," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai kos, keberkesanan dan liputan penduduk untuk vaksin Pfizer, khususnya tempoh imuniti.
Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan pemilihan vaksin dari syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer diputuskan berdasarkan laporan interim ujian klinikal dan diterbitkan di The New England Journal of Medicine pada 10 Disember lalu.
"Vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan COVID-19 dan kerajaan turut mendapat akses data untuk menilai kualiti, keselamatan dan tahap keberkesanannya.
"Vaksin ini juga telah mendapat Emergency Use Authorization daripada tujuh negara termasuklah United Kingdom, Amerika Syarikat, Bahrain, Kanada, Arab Saudi, Mexico dan Singapura," katanya.
Walau bagaimanapun, jelas Khairy keputusan penggunaan vaksin tersebut di Malaysia masih tertakluk kepada pendaftaran dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Hasimi Muhamad
Thu Dec 17 2020
Khairy menjelaskan pemilihan vaksin dari syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer diputuskan berdasarkan laporan interim ujian klinikal dan diterbitkan di The New England Journal of Medicine pada 10 Disember lalu. - Gambar fail
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.