Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau akan mencari calon lain untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara selepas Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, menolak jawatan berkenaan.
Menerima keputusan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu dengan hati terbuka, Muhyiddin berkata, beliau akan mengemukakan nama baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Ia adalah pilihan beliau (Tiong). Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan tetapi jika beliau fikir tidak sesuai untuk apa jua sebab, kami akan terima (keputusan) itu.
"Sudah tentu saya perlu mencari orang lain yang akan dicalonkan kepada Agong untuk mengisi jawatan tersebut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama, di sini, pada Rabu.
Muhyiddin, bagaimanapun, berkata beliau akan bertemu dengan Tiong esok.
"Beliau (Tiong) menyatakan hasrat untuk terus berkhidmat kepada negara menerusi kapasiti lain," katanya.
Semalam, media melaporkan Tiong tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati di sini.
Setiausaha Agung PDP, Datuk Nelson Balang Rining dilaporkan berkata, majlis tertinggi parti itu bersetuju bahawa Tiong perlu menolak jawatan itu kerana ia tidak sesuai untuk presiden parti dan ahli Parlimen lima penggal itu. -BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020
Muhyiddin akan kemuka nama baharu kepada Yang di-Pertuan Agong. Gambar Astro AWANI.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahli Parlimen Bintulu positif COVID-19
Ahli Parlimen Bintulu yang juga ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing kini menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif COVID-19.
Lebih 100 individu positif COVID-19 di Bintulu beri maklumat palsu, gagal dihubungi
Lebih 100 individu yang disahkan positif COVID-19 di Bintulu tidak dapat dihubungi pihak berkuasa kerana memberi maklumat palsu.
Jangan benar premis perniagaan beroperasi jika ada kes positif - MP Bintulu
Satu SOP yang lebih ketat perlu dikuatkuasakan melibatkan aktiviti perniagaan di Sarawak.
Dakwa Noor Hisham 'takut mati', Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Didakwa 'takut mati', Dr Noor Hisham perincikan lawatan ke Sabah
Muat naik itu sekali gus menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bintulu , Datuk Seri Tiong King Sing yang menyifatkan Dr Noor Hisham takut untuk ke Sabah memantau situasi jangkitan COVID-19 di negeri itu.
Cuepacs mahu Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf isu kenyataan 'DG takut mati
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf susulan kenyataan "DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati".
Kenyataan MP Bintulu tidak wajar dan memalukan - Pemimpin GPS
Tindakan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati adalah mengejutkan dan memalukan.
Calon lain ganti Tiong King Sing - Muhyiddin
Muhyiddin akan mengemukakan nama baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.