Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun mahu memanfaatkan 24 jam sebelum berakhirnya tempoh berkempen untuk bertemu pengundi-pengundi di kawasan itu.
"Strategi saya semasa kempen saat akhir ini ialah untuk bertemu dengan seramai mungkin pengundi Kajang dan cuba untuk memahami masalah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khidmat Masyarakat Pusat Daerah Mengundi Orang Kurang Upaya (OKU) di sini, hari ini.
Naib Presiden MCA itu berkata selepas hari penamaan calon pada 11 Mac lepas, beliau telah menghadiri tidak kurang 15 program setiap hari termasuk program lawatan rumah ke rumah dan majlis bersama rakyat untuk bertemu pengundi Kajang.
Bermula seawal 7 pagi, katanya beliau menghadiri setiap majlis yang diatur pengurus jentera parti untuk bertemu pengundi yang kadang-kala berlarutan sehingga lewat tengah malam.
Mengakui jadual berkempennya sangat padat, Chew berkata pengalamannya sebagai Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara banyak membantunya dalam berkempen.
"Walaupun ada sesetengah program saya tidak dapat menghadirinya, namun anggota-anggota jentera saya masih giat membantu saya berkempen," kata Chew.
Beliau juga amat berpuas hati dengan respons penduduk di sini yang boleh menerima BN sepanjang beliau berada di Kajang sejak hampir sebulan lepas.
"Walaupun demikian, BN perlu bekerja keras untuk meraih lebih banyak sokongan daripada penduduk di sini...saya yakin sokongan itu semakin banyak menjelang 23 Mac ini," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Chew dan calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.
PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac sebagai tarikh mengundi selain pengundian awal pada 19 Mac.
Bernama
Fri Mar 21 2014
![Calon BN PRK Kajang manfaatkan jam-jam terakhir berkempen Calon BN PRK Kajang manfaatkan jam-jam terakhir berkempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61393040454_295x200.jpg)
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Analisis: Gerak selepas 'Langkah Kajang' Analisis: Gerak selepas 'Langkah Kajang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41395505029_120x90.jpg)
Analisis: Gerak selepas 'Langkah Kajang'
Kepada pemerhati dan penganalisis politik, keputusan pilihan raya kecil itu sudah hampir tidak perlu dipertikaikan.
![Muhyiddin rayu pengundi Kajang pilih calon BN sebagai wakil rakyat Muhyiddin rayu pengundi Kajang pilih calon BN sebagai wakil rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81391410340_295x200.jpg)
Muhyiddin rayu pengundi Kajang pilih calon BN sebagai wakil rakyat
Selain tidak berhasrat menjadi menteri besar, Chew juga memiliki rekod cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di samping mempunyai integriti yang tinggi.
![PM harap pengundi Kajang dapat beri kemenangan kepada calon BN PM harap pengundi Kajang dapat beri kemenangan kepada calon BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/61395491034_295x200.jpg)
PM harap pengundi Kajang dapat beri kemenangan kepada calon BN
Perdana Menteri menarik perhatian bahawa PRK itu dikaitkan dengan apa yang dipanggil 'Kajang Move', dirancang PKR bagi kepentingan politiknya.
![Calon BN PRK Kajang manfaatkan jam-jam terakhir berkempen Calon BN PRK Kajang manfaatkan jam-jam terakhir berkempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61393040454_295x200.jpg)
Calon BN PRK Kajang manfaatkan jam-jam terakhir berkempen
Chew berkata pengalamannya sebagai Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara banyak membantunya dalam berkempen.
![PRK Kajang: 1,197 layak undi awal hari ini PRK Kajang: 1,197 layak undi awal hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/81395200661_295x200.jpg)
PRK Kajang: 1,197 layak undi awal hari ini
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.