Bukan sahaja calon Barisan Nasional sahaja yang perlu ditapis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi calon dari kem pembangkang juga wajar melalui proses yang sama.

Penganalisis politik Dr Ahmad Martadha Mohamed menegaskan langkah itu perlu bagi memastikan setiap calon pilihan raya benar-benar berkredibiliti tinggi.

Pendapat Dr Ahmad dinyatakan susulan kenyataan beberapa pemimpin dari blok pembangkang yang menyifatkan pengisytiharan aset lebih baik berbanding ditapis oleh SPRM.

Namun Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memutuskan untuk menyerahkan nama calon-calon kepada SPRM sebelum PRU13 diadakan.

Kredibiliti dan integriti calon merupakan antara fokus pengundi ketika memilih pemimpin pada PRU-13.