KUALA LUMPUR: Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.
Kesemua suspek ditahan berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun itu terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita tempatan, tiga lelaki warga China, seorang lelaki warga Thailand dan seorang wanita Indonesia.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Syukor berkata hasil pemeriksaan oleh Pakar Analisa Media Sosial/Judi mendapati terdapat unsur mempromosi perjudian dengan menggunakan laman sesawang yang diberikan suspek.
Beliau berkata suspek akan memberikan panduan cara-cara perjudian dan khidmat bantuan menjawab persoalan atau permasalahan daripada pemain.
"Kesemua suspek berperanan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, Pengurus, Penyelia Pembangunan Perniagaan, Penyelia Operasi dan Pegawai Sumber Manusia dengan diberikan kadar gaji sebanyak RM4,000 hingga RM10,000," katanya dalam kenyataan malam ini.
POLIS-JUDI 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata suspek yang berperanan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan akan mendekati pemain (mangsa) melalui Live Chat, WhatsApp dan Telegram yang kemudiannya akan menawarkan permainan judi kepada mangsa serta meminta mereka mendaftar akaun judi dengan menggunakan laman sesawang diberikan.
"Mangsa kemudian akan diarahkan memasukkan matawang RMB ke dalam akaun e-Wallet yang diberikan dan setelah wang berkenaan dimasukkan, sindiket akan memasukkan nilai kredit ke dalam akaun judi pemain itu.
"Seterusnya pemain boleh meneruskan permainan judi tersebut di mana-mana platform sesawang yang disediakan," katanya.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas 24 unit monitor, 13 unit pemprosesan pusat (CPU), enam komputer riba, satu unit perakam video digital, satu unit router dan dua pasport.
Amihizam berkata sindiket itu menyasarkan mangsa dalam kalangan warga China manakala kesemua suspek direman selama tiga hari mulai hari ini bagi melengkapkan siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pengawal keselamatan kondominium mungkin sekongkol sindiket 'calling centre' - Polis
Polis tidak menolak kemungkinan terdapat pengawal keselamatan di kondominium mewah yang bersekongkol dengan sindiket calling centre.

1,311 'lubuk' sindiket penipuan dalam talian diserbu tahun ini
Polis juga menahan 343 individu dalam 20 serbuan 'calling centre' yang beroperasi di kondominium mewah di ibu kota.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

10 lelaki ditahan dalam serbuan polis di dua 'calling centre'
Kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 23 hingga 34 tahun itu ditahan di sebuah kondominium kira-kira 3.45 petang.

Sindiket tawar judi dalam talian pelaburan Kripto tumpas
Seramai 19 individu termasuk warga China yang disyaki menjalankan kegiatan mempromosi perjudian dalam talian ditahan polis Kedah.