KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kedai gunting rambut yang tular di media sosial kerana mengenakan caj gunting rambut RM120 kepada pelancong asing, hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah gagal memaparkan senarai caj perkhidmatan dandanan rambut.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Jannah Abdullah, 52, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Wanita itu didakwa gagal memaparkan senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan tidak memaparkan caj bagi perkhidmatan dandanan rambut di premis itu di Jalan Bukit Bintang di sini pada 12.26 tengah hari, 11 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Perintah 5(a) perintah sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul'Ain Shafie daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memohon supaya OKS dikenakan hukuman berbentuk pencegahan sebagai memberi pengajaran kepadanya selain mengambil kira kesalahan serius dilakukannya.
"Dalam kes ini, pelanggan yang merupakan pasangan pelancong asing telah mempersoalkan harga yang dikenakan terhadap mereka mahal dan tidak masuk akal selain menganggap tiada kawalan harga oleh kerajaan bagi urusan niaga bagi barangan dan perkhidmatan.
Situasi itu turut menjejaskan sektor pelancongan negara apatah lagi kes tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat umum," katanya.
Nurul Jannah yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menghidap penyakit kanser tahap satu serta menanggung keluarga.
"Saya tidak boleh melakukan kerja-kerja berat, malah rahim saya juga telah dibuang. Saya mempunyai seorang ibu berusia 80 tahun yang sakit di kampung," katanya dalam nada sebak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Wanita itu didakwa gagal memaparkan senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan tidak memaparkan caj bagi perkhidmatan dandanan rambut di premis itu di Jalan Bukit Bintang pada 12.26 tengah hari, 11 April lepas. - Gambar hiasan/Pexels
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Caj gunting rambut RM120, pemilik kedai didenda kerana gagal pamer harga
Pemilik kedai itu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah gagal memaparkan senarai caj perkhidmatan dandanan rambut.