KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.
Timbalan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara AS Melissa Brown berkata demikian semasa sesi meja bulat bersama media Malaysia di Kedutaan AS di Malaysia di sini, hari ini.
Media melaporkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad mencadangkan pejabat UNHCR di Malaysia ditutup bagi membolehkan Putrajaya menguruskan pelarian di negara ini dengan lebih baik tanpa "gangguan luar".
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata cadangan untuk menutup pejabat UNHCR di Malaysia, tidak bermaksud hubungan dengan badan antarabangsa itu terputus.
"...Apa yang boleh saya katakan...pejabat (UNHCR) memainkan peranan penting. Kami memuji Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian yang rentan di seluruh rantau ini dan selainnya.
"Amat penting untuk kita semua memastikan pelarian mendapat penjagaan dan sokongan yang mereka perlukan, sama ada akses kepada pendidikan atau rawatan perubatan serta peluang untuk mata pencarian dan masa depan lebih baik.
"Saya rasa terpulang kepada kerajaan Malaysia apakah langkah seterusnya khususnya mengenai UNHCR," kata diplomat Amerika itu.
Brown yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi turut memuji Malaysia yang menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian dan memastikan mereka mendapat akses pendidikan serta rawatan perubatan.
Mengenai hubungan diplomatik AS-Malaysia yang telah menjangkau 65 tahun, Brown berkata ikatan itu berakar umbi berdasarkan hubungan rapat antara rakyat, ekonomi dan keselamatan.
"Dari perspektif AS, kami mahu menjalinkan hubungan yang akrab dengan Malaysia, memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama berdasarkan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang," katanya.
Beliau berkata kedua-dua negara akan terus memperluas hubungan perdagangan serta pelaburan dengan mengambil kira AS sebagai pelabur asing utama di Malaysia terutama dalam sektor elektronik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Brown memuji Malaysia yang menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian dan memastikan mereka mendapat akses pendidikan serta rawatan perubatan. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Cadangan tutup pejabat UNHCR, terpulang kepada Malaysia - AS
Rodzi membuat cadangan itu bagi membolehkan Putrajaya menguruskan pelarian dengan lebih baik tanpa "gangguan luar".