KUALA LUMPUR: Satu Memorandum Jemaah Menteri dijangka dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada September bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dibentangkan di sidang Parlimen pada Oktober 2022.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, perbincangan telah diadakan bersama beberapa pihak berkepentingan bagi membincangkan perkara tersebut.
Tambahnya, antara dasar penting yang dibincangkan adalah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan, dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini.
"Satu perbincangan telah diadakan bersama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, JPM (BHEUU, JPM).
"Selain itu, pihak GIACC diarah memperhalusi perkara-perkara dasar ini dan pihak BHEUU dan AGC menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh-contoh yang diberikan pihak CSO dan NGO.
"Pada masa sama, analisa perbandingan (comparative analysis) pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang ini," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Selain itu, Wan Junaidi juga menyarankan agar undang-undang ini diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Beliau turut menyarankan agar draf RUU disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC.
“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” tambahnya.
Syafik Shukri Jalil
Sat Aug 13 2022
![Cadangan RUU Sumbangan Politik dibentang kepada Jemaah Menteri September ini Cadangan RUU Sumbangan Politik dibentang kepada Jemaah Menteri September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660047354_WanJunaidi.jpg)
Wan JUnaidi berkata, antara dasar penting yang dibincangkan adalah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan, dan penetapan penalti. - Bernama
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![RUU Sumbangan Politik dirangka di peringkat Pusat, negeri agar lebih telus RUU Sumbangan Politik dirangka di peringkat Pusat, negeri agar lebih telus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664110740_DatukSeriDrWanJu.jpg)
RUU Sumbangan Politik dirangka di peringkat Pusat, negeri agar lebih telus
Inti pati Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik perlu dirangka di peringkat pusat dan negeri, agar penyaluran dana bagi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri adalah lebih telus.
![RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660652146_TBWANJUNAIDI.jpg)
RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan
Turut dimasukkan ialah larangan menerima sumbangan daripada GLC dan syarikat yang menerima lesen atau geran daripada kerajaan.
![Cadangan RUU Sumbangan Politik dibentang kepada Jemaah Menteri September ini Cadangan RUU Sumbangan Politik dibentang kepada Jemaah Menteri September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660047354_WanJunaidi.jpg)
Cadangan RUU Sumbangan Politik dibentang kepada Jemaah Menteri September ini
Satu Memorandum Jemaah Menteri dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada September bagi membolehkan RUU Sumbangan Politik dibentangkan di sidang Parlimen pada Oktober 2022.
![KRPPM sedia bekerjasama, pastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen KRPPM sedia bekerjasama, pastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653059715_WacanaSinar.jpg)
KRPPM sedia bekerjasama, pastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik sedia mengadakan pertemuan dan menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
![Skop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet - PM Skop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652956832_TBISMAILSABRIPARLIME.jpg)
Skop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-undang Sumbangan Politik secara dasarnya telah dipersetujui untuk dilaksanakan.