KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempersembahkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat dalam usaha menyelesaikan isu kewarganegaraan anak bagi wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing, yang lahir di luar negara.
Beliau berkata ia bertujuan membolehkan ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan hak seadilnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam satu dua hari ni (akan menghadap Majlis Raja-Raja).
"Undang-undang menyebut hak warganegara hanya kepada bapa, tidak termasuk ibu. Jadi kita nak masuk ibu bapa, kerana dalam Perlembagaan, tak adil hanya letak bapa dan tak masuk ibu. Itu sahaja yang nak dikemukakan," katanya.
Anwar berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia (IMLC) 2023, di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, cadangan pindaan itu seterusnya dijangka akan dibentangkan di Parlimen September ini.
Terdahulu dalam ucapannya, ketika merujuk kepada masalah berkaitan isu penduduk tanpa kerakyatan, Anwar berkata Kementerian Dalam Negeri telah menerima banyak permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan, yang menuntut tindakan segera dilakukan bagi menanganinya.
Beliau berkata beberapa isu kritikal menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk tanpa kerakyatan di Malaysia.
"Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu yang merupakan warga Malaysia, pelbagai usaha sedang digerakkan bagi membantu menyelesaikan isu yang berkaitan dengan kewarganegaraan ini.
"Kita akan bentangkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan 'bapa' (whose father) dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua, dengan perkataan 'sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Anwar ketika berucap pada Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa 2023 hari ini. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).